Wanita order Milo di kedai terima panggilan suami nak kahwin lagi satu, “Pandang kiri kanan dulu…”

Tiada wanita yang akan tenang mendengar pertanyaan suami untuk kahwin lagi satu. Cadangan bermadu pun walau sekadar gurauan cukup untuk membuat seseorang wanita itu naik angin.

Tetapi lain yang dapat dilihat dalam sebuah video ini apabila seorang wanita dengan tenang menjawab permintaan encik suami untuk ‘pasang satu lagi.’

Video TikTok yang dikongsikan semula di Twitter itu menunjukkan seorang wanita singgah di gerai makan untuk memesan Milo bungkus. Ketika menunggu pesanannya, wanita berkenaan menerima panggilan telefon membuat dia pelik.

Dia menjawab panggilan telefon berkenaan dan terkejut apabila si suami meminta izinnya untuk kahwin lagi satu. Namun wanita itu tenang dan pasrah sebelum membenarkan lelaki tersebut untuk buat sahaja apa yang dia nak.

Pekerja kedai kemudian datang membawa pesanannya dan bertanya jika wanita itu ada melihat telefon bimbitnya, jadi wanita tersebut menyerah telefon akak kedai berkenaan.

Wanita itu hanya memberitahu akak kedai tersebut ada orang menelefonnya tetapi dia tidak tahu apa-apa sebelum membuat muka selamba.

Ternyata plot twist perkongsian video itu membuat penonton geli hati kerana tidak menyangka kesudahannya seperti itu.

“tak pasai2 akak tu dapat kawan…”

“pandang kiri kanan dulu…”

“Sian akak pemilik fon tuh…”

SumberTwitter

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.