Bukan Tldur Dalam Kereta, Gadls Jelaskan Hal Sebenar Keracvnan Karb0n Mon0ksida

Masihkah anda ingat tentang ins1den keracvnan g4s karb0n m0n0ksida yang men1mpa 4 orang gadis ketika dalam perjalanan balik bercuti 2 tahun lalu? Nor Aqilah Mohd Safwan bukan sahaja sekelip mata kehilangan kakak kembarnya, malah 2 lagi sahabat karibnya. Baru-baru ini, gadis berusia 23 tahun tersebut memuat naik video kenangan di TikTok sebagai tanda rindu terhadap tiga insan penting dalam hidupnya.

Mengimbau kembali det1k kejadian, sebaik tiba di stesen minyak kembarnya Nor Adilah (pemandu) dan Sharifah Fariesha (penumpang hadapan) keluar membeli sedikit makanan dan minuman. Sementara itu, Aqilah serta Ayuni Shazwanie pula berehat di tempat duduk belakang.  Selepas berkumpul kembali di dalam kereta, mereka malah sempat berbual dan tiada seorang pun yang tidur ketika itu seperti did4kwa sesetengah laporan kerana niat asal cuma berhenti makan saja.

Lepas tu terus saya tak sedar, mereka tengah bersembang lagi…bangun je ada di pusat perubatan (minit 1:33)

Bagaimanapun Nor Aqilah akui tiba-tiba tidak sedarkan diri, sebaliknya bangun semula selepas 10 hari menerima rawatan di pusat perubatan. Pada malam itu, dia akui enjin serta aircond masih dihidupkan manakala pintu dan tingkap kereta bertutup rapat. Ketika ditemui media selepas 100 hari kejadian tersebut berlaku, gadis berkenaan turut sedih kerana mereka berempat tidak dapat menghadiri istiadat konvokesyen diploma bersama.

H1kmah dipanjangkan usia, boleh ceritakan kejadian sebenar…sebab nilah selalu berwaspada bila kereta berhenti lama

Berkat sokongan keluarga dan masyarakat, Nor Aqilah pulih sepenuhnya malah sudah bergelar isteri orang sekitar hujung 2021 lalu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata ntizen juga akui semakin berwaspada setiap kali menaiki kereta susulan per1stiwa menyay4t hati yang men1mpa 4 sekawan ini.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/