“Terkejut Kiter…,” (Video) Gelagat Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Buat Ramai Netizen Ketawa

Siapa yang tidak kenal kalau disebut nama pasangan selebriti kegemaran ramai iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Mana tidaknya, tidak hanya bagai cincin dengan permata malah aksi lucu mereka berdua yang suka mengusik antara satu sama lain juga menyebabkan mereka seringkali menyebabkan ramai netizen terhibur.

Hal ini menyebabkan peminat dan netizen sudah cukup kenal dengan perangai lucu Aeril Zafrel dan ternyata, Wawa Zainal juga tak kurang kelakarnya.

Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik menerusi akaun Tiktok Wawa Cosmetics yang menyebabkan netizen dan peminat terhibur.

Kelihatan di dalam video itu Wawa sedang bersalam tangan dan seperti hendak ‘mengigit’ tangan Aeril Zafrel sebelum keluar dari kereta.

Tetapi di bahagian akhir video Wawa Zainal sempat mengusik kembali suaminya itu dengan muncul di skrin kamera belakang kereta Aeril Zafrel.

Kini, video itu telah ditonton sebanyak 22 ribu kali di Tiktok. Gelagat Wawa Zainal dengan mengusik kembali Aeril Zafrel di akhir video menyebabkan ramai netizen terkejut apabila tiba-tiba sahaja muncul wajah pelakon ini di skrin dalam kereta. -CARI

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Cari