“Baru Je Kahwin..” Heliza Kena Pergi Ke Palestin, Ini Respon Ds Mahadi

Penyanyi dan pelakon, Datin Seri Heliza Helmi mendapat sokongan dan restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman untuk menjalani penggambaran filem Road to Heaven yang akan berlangsung di Gaza dan Tebing Barat, Palestin.

Heliza ketika ditemui berkata, dia akan ke Palestin pada Jun ini dan sekiranya ada rezeki, suami turut serta ke sana.

“Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama.

“Insya-Allah, saya akan ke sana pada Jun akan datang. Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perancangannya untuk menjalani penggambaran sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dan hamil, Heliza masih tidak terfikir mengenai perkara itu.

Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir,” katanya.

Selain Heliza, filem Road to Heaven juga bakal membariskan beberapa pelakon lain antaranya adik Heliza sendiri yang juga penyanyi, Hazwani Helmi dan Josiah Lim.

Heliza dan Mahadi berkahwin pada 1 Januari lalu dan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Hmetro