[VIDEO] Adegan lucu suami kena ‘prank’ dengan isteri buat ramai terhibur

Masa bersama keluarga pastinya akan memahat memori terindah yang akan tersemat di hati setiap insan sampai bila-bila.

Begitulah adegan sebuah keluarga yang tular di media sosial apabila mengenakan pakaian yang sama semasa sedang dalam perjalan percutian ke Pulau Langkawi.

Menerusi perkongsian video berdurasi seminit tiga saat oleh @BenzZahid di Twitter berkata, dia disuruh oleh isterinya untuk memakai baju yang dibeli oleh isterinya bagi percutian itu.

Namun, menurut @BenzZahid, tanpa pengetahuannya, perkara itu sudah dirancang oleh isterinya untuk memaksa beliau mengenakan pakaian yang sama seperti beberapa ahli keluarganya yang juga turut terkejut tentang perkara itu.

“Kalau tiba-tiba isteri korang beriya belikan baju, kemudian suruh pakai masa nak pergi bercuti dengan keluarga, hati-hati.

“Itu mungkin perangkap, aku biras-biras serta bapa mertua baru je jadi mangsa,” ciapnya.

Video:

Adegan lucu itu turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Ketika artikel ini ditulis ianya telah mendapat 7.8k likes dan 3.4k retweet.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Kosmo