“Akhirnya Allah Hadiahkan You, Baru Kenal 10 Bulan…” – Zalif Sidek Bakal Nikah, Dijodohkan Keluarga

Pelakon Zalif Sidek mendedikasikan coretan istimewa buat suri hidupnya, Anis Marzuki sebelum menamatkan zaman bujang hari ini.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Zalif menyatakan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Anis.

“Akhirnya Allah SWT hadiahkan you gantikan arw4h Papa untuk I yang kita baru kenal 10 bulan dan diJodohkan oleh kedua belah keluarga.

“Cantik rupanya perancangan Allah SWT dan moga kita semua berpimpin tangan bahagia hingga ke pintu syurga. Amin YRA,” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)


Dalam hantaran yang sama, Zalif juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput ramai tetamu disebabkan pematuhan SOP.
“Saya dan seluruh Skeluarga memohon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP di Kuantan Pahang hanya benarkan max 360 pax tetamu sahaja untuk kedua pasangan keluarga memandangkan kes COV!D masih meningkat.

“Jutaan terima kasih buat semua keluarga, saudara mara yang jauh atau tak dapat hadir mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami. Amin YRA,” kongsinya.

Dalam perkembangan terkini, Zalif dan bakal isterinya sedang bersiap-siap untuk majlis akad nikad hari ini.

Komen :


 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Gempak

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.