“Jgnlah T4mak, Org Lain Nak Juga”- Wanita Rela Tolak Motor, Angkut Susu Nelofa Percuma Terima Kec4man

Tindakan seorang wanita yang sanggup menolak motosikalnya gara-gara tidak mempunyai ruang duduk selepas membawa berkotak-kotak susu percuma untuk dibawa pulang telah mencvri tumpuan orang ramai.

Terdahulu, sejak 2 Mac lalu, susu durian jenama Nilofa telah diedarkan secara percuma buat semua orang dan mereka boleh mengambilnya di gudang Nilofa Group yang terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang, Selangor.

Sehubungan itu, ramai penduduk sekitar mengambil peluang untuk mendapatkannya sehingga pihak pengedar terpaksa memberhentikan proses pemberian tersebut seketika atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan akan memaklumkan tarikh serta lokasi yang baharu secepat mungkin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farrafareez_ di media sosial memaparkan kegigihan wanita berkenaan sehingga terpaksa dibantu seorang lelaki untuk menolak motorsikalnya sambil memegang kota-kotak tersebut bagi mengelak daripada terjatuh.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai terkejut melihat kuantiti susu yang diambil wanita berkenaan dan ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“Kenapa akak ambil banyak sangat susu, nanti takut orang lain yang datang tak dapat merasa,” ujar Anne.

“Dah tahu datang naik motor, ambil ikut mana yang perlu, kalau banyak macam ini, dan susahkan diri, mungkin ada keperluan lain wanita itu, cuma kenderaan yang diguna tidak sesuai untuk kuantiti tersebut,” kata Abu Zarif.

Selain itu, ada seorang pengguna meninggalkan komen memaklumkan tujuan wanita tersebut berbuat demikian adalah kerana ingin membantu mengagihkan kepada orang lain yang tidak dapat hadir untuk mengambil susu tersebut.

“Dia ambil sebenarnya nak sedekah dekat orang lain yang tak sempat datang, bukan tamak,” kongsi @user586207.

Neelofa henti beri susu durian percuma elak langgar SOP

Mengambil kira beberapa faktor, pemberian susu durian secara percuma jenama Nilofa yang bermula sejak 2 Mac lalu terpaksa dihentikan.

Pengasas jenama berkenaan yang juga merupakan selebriti popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, pemberian susu percuma terpaksa dihentikan atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Kami akan umum tarikh dan tempat baharu pemberian susu durian percuma untuk semua orang secepat mungkin,” katanya menerusi Instastory.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram rasmi Nilofa, dua sebab dikenal pasti mengapa pemberian susu perisa berkenaan secara percuma dihentikan.

“Dengan rendah diri, kami dari pihak Nilofa ingin memohon maaf atas penangguhan pengambilan susu durian percuma kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Pertamanya, keadaan lalu lintas yang tidak terkawal dan keduanya, demi tujuan memperkasakan lagi prosedur operasi standard (SOP) pengambilan susu,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, bermula 2 Mac lalu, Nilofa Group mengumumkan susu durian secara percuma buat semua orang yang boleh diambil di gudang mereka terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang, Selangor.

Masih lagi dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari, usaha murni memberikan susu durian percuma dipuji dan ramai mendoakan agar rezekinya berlipat ganda.

Sumber: Konline

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://printlyrics.net/