Cukup Padu Kata-Kata Jamal Abdillah Selepas Nabila Razali TerkvciI Dan Ramai Setuju Apa Dia Cakap

‘Kesilapan’ nyanyian Nabila Razali ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) masih hangat diperkatakan.

Selepas pelbagai pihak tampil memberi kr1tikan, pendapat dan kata-kata dorongan, kini tiba giliran penyanyi yang terkenal dengan suara jantannya.

Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menitipkan pesanan buat penyanyi Nabila Razali yang berdepan momen ‘vokal terkuciI’ saat mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas paling berprestij itu.

Kata Jamal atau nama lengkapnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, semua penyanyi akan cenderung untuk melakukan kesilapan ketika menyanyi terutama apabila berada di pentas besar seperti AJL.

” Melakukan kesilapan ketika menyanyi adalah perkara biasa. Memang tak boleh elak. Rasa gementar itu memang akan ada. Sebagai penyanyi, kita perlu pandai mengawalnya.

” Teruskan berusaha untuk pertandingan-pertandingan akan datang.

” Saya sendiri pun pernah tergelincir ketika menyanyi. Itu memang perkara normal,” katanya ketika ditemui K0smo! Online pada sidang akhbar pelancaran lagu Neraca bersama penyanyi rap duo, duo, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Dalam pada itu, Jamal yang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga menerusi lagu Belenggu Rindu dengan Wany Hasrita itu berkata, tidak boleh menafikan kuasa penjurian namun kebarangkalian ada unsur favouritisme tetap ada.

” Dalam mana-mana pertandingan, akan ada unsur favouristime. Bayangkan ada 10 juri profesional, tak boleh salahkan hanya seorang juri kalau keputusan tidak menepati selera.

” Juri pun ada kegemaran mereka sendiri. Ada lagu yang layak mungkin dibantu faktor komersil dan populariti.

” Tapi saya percaya, semua yang bertanding di AJL35 layak berada di pentas tersebut dan juri telah melakukan tugas dengan baik,” kata Jamal, 61.

Ahad lalu, lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara AJL35 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Terdahulu, Dato’ Hattan menasihatkan mana-mana peserta pertandingan di pentas besar sebegini agar bersikap terbuka dan mengakui kelemahan yang ada.

Katanya, rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza.

” Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.

” Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.

Hattan turut mempersoalkan trend kini di mana seolah-olah semua orang boleh jadi penyanyi.

” Semua pihak sama ada penerbit program dan syarikat rakaman perlu cari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan setakat nilai mereka dari pengaruh di media sosial,” katanya.

Sumber:k0smo

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://limauais.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.