[Gambar]Majlis Tunang Mewah, Anak Krisdayanti Bakal Kahwin Jutawan Muda Indonesia!

Baru majlis lamaran dan tunang dah mewah serta eksklusif macam ni, kalau resepsi persandingan nanti mesti lebih extravaganza! 13 Mac lalu pastinya menjadi detik istimewa buat Krisdayanti dan bekas suami, Anang Hermansyah apabila anak sulung mereka Aurel selamat melangsungkan pertunangan dengan jutawan muda yang juga YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar.

Lebih eksklusif, majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Jakarta turut disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia iaitu RCTI!

ser4mai 70 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat menghadiri majlis pertunangan Aurel, 23 tahun dan Atta atau nama penuhnya Muhammad Attamimi Halilintar yang berusia 27 tahun. Tampil sedondon dengan busana tradisional rekaan Ancha Wedding rona ungu, jelas terpancar wajah syukur dan bahagia kedua-dua bakal pengantin tersebut.

Menerusi perkongsian foto pertunangan mereka di media sosial, memang terserlah mewah majlis pertunangan Atta dan Aurel ini. Pendek kata, tidak ubah seperti majlis persandingan apabila ruang dewan dihias dengan bunga-bungaan rona senada putih dan ungu.

Selain kelibat Anang dan Krisdayanti, turut hadir menyerikan majlis ialah isteri Anang iaitu Ashanti dan kakak kepada Krisdayanti, Yuni Shara. Difahamkan, Aurel dan Atta akan diijab kabul sebagai suami isteri pada 21 Mac ini.

Aurel yang mengikut jejak langkah ibu bapa sebagai penyanyi juga bergelar usahawan menerusi jenama Aurelloly Cosmetics. Sementara Atta pula selebriti media sosial terkemuka Indonesia yang mempunyai lebih 26 juta subscribers di YouTube dan dianggarkan meraih pendapatan bulanan mencecah sehingga hampir RM2 juta!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.