Takzi4h, Achey Dedah Kehilangan Orang Tersayang, Kata2 Buat Ramai Sebak

KEBIMBANGAN pelawak Achey menjadi kenyataan apabila bapanya iaitu Hamzah Salam menghembvskan nafas terakhir di Hospital Segamat, Johor pada tengah malam Jumaat.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 34, berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah.

“Tiada lagi abah… tapi abat tetap dalam diri kami. Innalillahiwainailairojiun, ” tulisnya.

Achey berkongsi berita sedih itu di IG.

Allahyarham yang berusia 80 tahun dikejarkan ke hospital pada pagi Khamis selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat, Johor.

“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam pukul 10 pagi dia akan bangun untuk bersarapan… tapi pagi ini adik yang ada di kampung beritahu dalam group Whatsapp keluarga abah tak sedarkan diri.

“Badannya panas, kaki sejuk… adik-beradik yang ada di kampung terus hubungi ambulans dan bawa abah ke Hospital Segamat. Buat masa ini abah masih belum sedar!

“Saya dimaklumkan abah menerima bantuan pernafasan… keadaan kesihatan abah memang kurang baik selepas kemal4ngan kira-kira lima tahun lalu, semenjak itu dia tak boleh berjalan dan terpaksa guna kerusi roda,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Achey yang kini sedang menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim kedua mengakui tr4uma kerana pernah menerima berita sedih kehilangan bapa mentua semasa menyertai program sama tahun lalu

Allahyarham berdepan masalah kesihatan selepas mengalami ced3ra para akibat kem4langan jalan raya pada Oktober 2016.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.