Baru Je Kec0h Dibl0ck Aishah, Sekali Ini Komen Padu Siti Nurhaliza

CYBERJAYA: Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sedar dirinya ‘disekat’ penyanyi senior, Aishah melalui akaun Instagram (IG) seperti kecoh di media sosial, semalam.

Siti mendakwa hanya mendapat tahu mengenai perkara itu selepas membaca laporan media.

“Sebelum ini, saya ada mencari akaun IG Aishah tetapi tidak jumpa. Namun, saya tidak tahu disekata

Penampilan terbaru Siti ketika ditemui di majlis pelancaran minuman kesihatan, Beaukids, single Medley Klasik Siti 1 dan sambutan ulang tahun ketiga puterinya, Siti Aafiyah Khalid di Cyberjaya, hari ini. Foto IG Siti Nurhaliza

Penampilan terbaru Siti ketika ditemui di majlis pelancaran minuman kesihatan, Beaukids, single Medley Klasik Siti 1 dan sambutan ulang tahun ketiga puterinya, Siti Aafiyah Khalid di Cyberjaya, hari ini. Foto IG Siti Nurhaliza

“Saya hanya tahu melalui laporan yang disiarkan. Lagipun, manalah saya ada masa hendak periksa siapa yang ‘sekat’ saya di IG,” katanya ditemui pada majlis pelancaran minuman kesihatan, Beaukids, single Medley Klasik Siti 1 dansambutan ulang tahun ketiga puterinya, Siti Aafiyah Khalid di sini, hari ini.

Tidak berhasrat memperbesarkan perkara itu, penyanyi Anta Permana ini menganggap insiden itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Malah, Siti mengaku pernah melakukan perkara sama.

“Kalau boleh, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya pun tidak tahu hendak cakap apa.

“Tetapi biasalah, kadang-kadang saya pun ada sekat orang di IG tanpa sengaja,” katanya.

Insiden Siti disekat penyanyi Janji Manismu itu menarik perhatian warganet apabila nama Aishah tidak bertanda dalam video ucapan yang dimuat naik penyanyi bervokal mantap itu sehari sebelum malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35.

Pada malam itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin menggantikan Siti menyanyikan lagu ciptaan Ippo Hafiz berjudul Aku Bidadari Syurgamu.

Sementara itu, Aishah menerusi hantaran di IG mengaku keliru dengan pelbagai akaun palsu yang diwujudkan atas nama Siti menyebabkan insiden itu berlaku.

Menghubungi Aishah, penyanyi Janji Manis itu mengaku dia mula dikecam netizen selepas beraksi pada SFMM35.

“Semua ini terjadi ketika SFMM35. Saya terbaca dalam ruang komen di IG Siti, orang kutuk saya ‘berbakul-bakul’. Jadi, saya ‘bl0cked’ sahaja akaun IG itu,

“Senang cerita, buat apa hendak pening kepala dalam IG jika ramai yang menghentam kita,” katanya.

Aishah mendakwa menghampiri AJL35, dia baru tersedar akaun Siti disekat secara tidak sengaja.

“Sudah dekat malam kemuncak AJL35 baru saya perasan ada netizen beritahu, janganlah ‘bl0ck’ Siti,” katanya yang tidak sedar akaun @ctdk adalah IG utama milik penyanyi kesayangan ramai itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.