“Nikah Jom” Ini 10 fakta menarik pasangan pengantin baharu ini

PERKAHWINAN bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada pagi Jumaat menjadi perhatian netizen selain mendapat liputan meluas media.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat pasangan ini yang sebelum ini pernah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi Jumaat di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 30 ahli keluarga terdekat.

Di sini, mStar kongsikan 10 fakta menarik mengenai Noor Nabila dan Engku Emran.

1. Pasangan ini mula rapat pada Ogos tahun lalu setelah menyertai aktiviti berbasikal yang turut disertai oleh lingkungan rakan-rakan yang sama.

2. Dari situ, mereka mulai rapat dengan menyertai konvoi berbasikal selain turut menyertai kelas usrah bersama-sama.

3. Engku Emran sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Jebat Jayden Ahmad.

4. Lelaki berusia 46 tahun itu kemudiannya dipertemukan jodoh dengan bintang terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Mereka berkahwin pada 9 September 2017 namun bercer4i pada Julai tahun lalu.

5. Sementara itu, Noor Nabila, 37, yang merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan popular, Neelofa pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad namun jodoh tidak panjang apabila bercerai pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad yan kini berusia dua tahun setengah.

6. Menariknya, Engku Emran telah membuat kejutan melamar kekasihnya itu di atas belon udara panas beberapa minggu sebelum mereka diijabkabulkan.

7. Kejutan itu dirancang Engku Emran bersama adik Nabila, Athisha Khan. Ketika menaiki hot air balloon, Engku Emran melamar Nabila dengan menunjukkan ayat ‘nikoh jom’ selain memberikan sebentuk cincin buat wanita kesayangannya itu.

Gambar selfie yang dimuat naik Engku Emran di Instagramnya beberapa jam selepas mereka sah bergelar suami isteri.

8. Selepas dilamar, pasangan itu termasuk rakan-rakan dan adik-beradik Nabila kemudiannya dihiburkan dengan alunan lagu romantis daripada penyanyi Ferhad yang dibawakan khas oleh Engku Emran.

9. Selepas sah diijabkabulkan, Engku Emran memuat naik gambar pertama mereka bersama di laman Instagramnya beserta kapsyen, ‘lets do this my love’ yang memaparkan mereka dalam persalinan sukan berbasikal.

10. Tahniah diucapkan buat pasangan Engku Emran dan Nabila, lepas ini kita tunggu pula giliran Neelofa naik pelamin!

Siapa sebenarnya Engku Emran dan bagaimana Laudya Cynthia Bella, Erra  boleh sampai jatuh cinta padanya?

Berikut ulasannya:

Engku Emran merupakan lelaki Melayu  yang memiliki nama penuh Engku Emran Engku Zainal Abidin dan lahir pada 1975.

Engku Emran merupakan seorang Chief Executive Officer (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd dan Chief Operating Officer (COO) Suria FM.

Jika melihat akun Instagram-nya, Engku Emran merupakan seseorang yang gemar besukan

Ia kerap menyertai pertandingan larian

Sebelum dia  memutuskan untuk berkahwin dengan Noor Nabila hari ini, Engku Emran pernah  berumah tangga dengan penyanyi Malaysia, Erra Fazira, pada 2007 dan pelakon terkenal dari indonesia Laudya Cynthia Bella

Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia.

Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah bercerai dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.

Noor Nabila Mohd Noor atau nama popularnya, Noor Nabila merupakan seorang usahawan wanita yang memegang peranan sebagai Pengarah Urusan syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd.

Adik-beradiknya termasuk, pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan (instafamous) dan Athisha Khan (instafamous).

Biodata

Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.

Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.

Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.

Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga, mereka kini dilaporkan sedang dalam proses perceraian.

Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).

Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.

Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.

Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.

Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.