Soulmate beri pelvkan terakhir di balkoni! Suami sukar percaya hilang isteri sekelip mata, tinggalkan dirinya bersama 6 anak – “Inhaler terjatuh, badan terus lembik”

TANGGAL 6 Februari 2021 pasti menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan oleh lelaki ini sehingga bila-bila.

Pada tarikh inilah, isteri tercinta pergi meninggalkan dirinya dan enam anak buat selama-lamanya.

Kisah pemerg1an isterinya mula menjadi tular selepas mendapat perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Malah, posting serta luahan hati yang dicoretkan di Facebook sejak pemergian si isteri mengundang seb4k netizen yang seolah-olah turut sama merasai keperit4n yang ditanggung.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nazri Ahmad berkata sehingga kini dia masih sukar untuk mempercayai teman hidupnya, Natasha Mik’yal, 38, sudah tiada kerana pemerg1annya begitu mengejut.

Mengimbas kembali detik hiba tersebut, Nazri berkata pada hari itu, dia dan isterinya keluar sepanjang hari untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Nazri dan anak-anaknya selepas selesai proses pengebumi4n isteri tercinta.

“Kami sampai di rumah kira-kira pukul 9 malam. Memang arw4h isteri sihat sepanjang hari itu, tiada demam, tiada batuk. Selepas makan dengan anak-anak, dia pergi membersihkan diri.

“Kemudian salah seorang anak saya ni panggil saya, dia beritahu ‘mama minta jaga adik’. Anak bongsu kami yang berusia tiga tahun masa tu meragam sikit sebab seharian tak jumpa mamanya. Saya pun pujuklah anak kecil kami.

“Tak lama tu, anak saya panggil lagi. Dia beritahu ‘mama minta call ambulans’. Saya pergi tengok, nampak arw4h tengah ses4k n4fas. Dia memang ada sejarah asma. Saya call ambulans. Sementara tu cuba bantu, usap badan, dan cuba tenangkan dia.

Allahy4rhamah Natasha pergi secara meng3jut kerana ser4ngan asma.

“Dia memang berdiri di balkoni sambil cuba sedut inhaler. Masa tu dah susah nak bercakap, hanya guna bahasa isyarat. Dia peluk saya, minta maaf tapi sebab dia biasa buat macam tu, saya tak rasa pelik lagi. Tak lama tu, inhaler yang dipegang terj4tuh dan badannya terus lemb1k,” cerita bapa tunggal berusia 39 tahun ini.

Dalam keadaan serba kel4m k4but, Nazri berkata dia terdengar isterinya menarik nafas panjang sebanyak dua kali sebelum tidak memberikan apa-apa respon.

“Saya call hospital dan mereka minta buat CPR sementara ambulans sampai. Saya usaha buat tapi langsung tak ada respon, sampai anak sulung kata ‘dahlah abah… mama dah tak dak’.

Masa tu dah susah nak bercakap, hanya guna bahasa isyarat. Dia peluk saya minta maaf.

NAZRI AHMAD

SUAMI

“Ambulans sampai dan terus ke hospital. Saya dan anak-anak ikut belakang. Doktor kemudian sahkan isteri men1nggal dunia. Masa tu baru betul-betul sedar yang isteri dah tak ada,” katanya sambil menambah, kem4tian isterinya disebabkan ser4ngan asma.

Nazri mengakui bukan satu tugas yang mudah menguruskan rumah tangga serta kesemua enam anaknya tambahan pula semuanya masih kecil iaitu dalam lingkungan usia tiga hingga 12 tahun.

“Memang serba k4lut… kebetulan selepas arw4h men1nggal, tak lama lepas tu buka sekolah. Alhamdulillah, jiran-jiran ramai yang prihatin. Ada yang tolong hantar dan ambilkan anak di sekolah.

“Kalau bab uruskan hal rumah, saya sebelum ini biasa menolong arw4h isteri cuma k4lut jugalah. Anak-anak memang dah dibiasakan dengan tugasan sebelum ini. Lancar la sikit namun keadaan tetap tak sama apabila mamanya tiada.

Kehilangan Allahy4rhamah Natasha benar-benar dirasai oleh Nazri dan enam anaknya.

“Anak bongsu sampai sekarang susah tidur malam. Tiga minggu pertama, setiap malam dia akan ajak saya pergi hall bawah tidur situ. Sebab dia ingat, situlah jen4zah mamanya diletakkan. Anak-anak yang lain kerap juga tanya, saya khabarkan mama kini ada di tempat yang lebih baik,” katanya yang kini bekerja sendiri dalam bidang perkhidmatan.

Kelihatan tabah menghadapi duga4n yang bukan calan-calang, namun lelaki ini berkata dia tiada pilihan melainkan perlu kuat demi anak-anak.

“Saya dari kecil yatim piatu, arwah pun anak yatim. Jadi kami memang bergantung antara satu sama lain. Serba serbi buat sendiri termasuklah urusan berpantang… memang tak ada bantuan mak ayah.

Enam anak kecil ini menjadi penguat Nazri untuk terus memikul amanah.

“Sebab itu kami rapat, bukan sekadar suami isteri tapi soulmate. Memang bila dia pergi, seolah-olah sebahagian diri saya turut dibawa pergi bersama.

“Kawan-kawan kata saya nampak kuat, tapi sebenarnya tak ada kuat mana pun. Saya cuma kata, kalau situasi ini terjadi, suami memang tiada pilihan melainkan kena hadapi walau macam mana sukar sekalipun,” katanya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.