Peng4kuan Berani Dari Usahawan Kosmetik Ded4h Tak Suka Solat Ketika ‘live’… Sekali mufti Bersuara

KEC0H di media sosial video yang menunjukkan seorang usahawan kosmetik yang tanpa seg4n s1lu mengaku dirinya tidak suka solat.

Menerusi klip video 27 saat itu yang merupakan rakaman secara pengstriman langsung di Facebook (FB Live), wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.

“Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyemb4h (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyemb4h ke tak datang rumah aku.

“Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. ‘Macam mana Aiman ambil air sembahyang’ (tanya pada orang sebelah),” kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut dibuat.

Rata-rata netizen mengec4m tindakan usahawan tersebut.

Bagaimanapun, tindakan usahawan yang berani membuat pengakuan tersebut membangkitkan kem4rahan ramai khususnya masyarakat Islam.

Susulan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan para pengikutnya perlu membuat pen4pisan dan penilaian secara baik terhadap video yang tul4r.

“Kita perlu membuat penapis4n dan menilai bukan sahaja melihat siapa yang bercakap, tetapi kita juga menilai apa yang dikatakan. Jangan hanya pandang pada siapa yang bercakap.

“Dalam Islam, dua perkara ini kena lihat siapa yang bercakap dan menilai apa yang dikata. Kalau seperti yang did4kwa, dia berbangga atau kejahil4nnya kerana tak suka sembahyang, tak tahu wuduk, ini adalah perbuatan yang tidak baik.

“Perbuatan yang tidak baik, tidak seharusnya divar-varkan. Jadi, tidak baik kalau kita berbangga atau mendedahkan perbuatan-perbuatan burvk kita,” katanya kepada mStar.

Bukan sekadar itu, beliau menjelaskan bahawa individu tersebut seharusnya didekati sekiranya dia benar-benar j4hil dalam Islam.

“Jika dia dalam kalangan orang-orang yang j4hil, maka balaslah percakapan orang-orang yang jah1l itu dengan memberi kesejahteraan.

“Ertinya kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini… adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kej4hilannya atau kerana dia berbangga dengannya, ia dua isu yang berbeza,” katanya.

Mohamad Shukri.

Sehubungan itu, Mohamad Shukri akan meminta pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk mengendalikan perkara ini.

“Sekiranya dia jahil, pihak penguatkuasa akan mendamping orang ini dan memberi bimbingan. Kalau dia tak tahu ambil wuduk, beri bimbingan bagaimana ambil wuduk.

“Berdasarkan hasil siasatan itu nanti barulah kita ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Kalau masih berulang-ulang dan sudah diberi nasihat, tetapi dia berkeras juga maka tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang.

Kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini… adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kejahil4nnya atau kerana dia berbangga dengannya

MOHAMAD SHUKRI

“Ia perlu berpandukan kepada siasatan yang teliti apakah punca sebenar dia bertindak sedemikian. Pihak berkuasa perlu siasat dakwa4n yang tersebar di media sosial,” katanya.

Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin berpandangan terdapat kemungkinan usahawan itu meny1ndir individu-individu yang menganggap dia tidak solat.

PU Amin.

Walau bagaimanapun beliau berkata, apa yang dipertutvrkan menerusi video yang tul4r merupakan kata-kata yang tidak baik untuk dil0ntarkan.

“Kata-kata macam ni tak baik dan boleh bawa fitn4h kepada semua yang mengenali dia, sebab hal solat dan agama tak boleh suka-suka dibuat main,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyarankan pihak berwajib untuk mendekati dan membimb1ngnya.

“Kena ada yang mahir agama mendekati dan membimbing dia. Content berani macam ni sepatutnya tak perlu ada lagi dah sebab hanya membawa kepada bad marketing dan ini boleh mencetvskan suasana tak baik atau negatif dalam masyarakat,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.mstar.com.my