Amyra Rosli Dedah Size Pinggangnya Sekali Gus Jadi Bualan Ramai

Nama pelakon, Amyra Rosli sejak kebelakangan ini menjadi bualan hangat di ruangan media sosial apabila drama terbaru yang masih disiarkan berjudul Sabarlah Duhai Hati mendapat respon yang cukup baik daripada peminat drama tempatan.

Membawa watak sebagai Fira bersama lakonan bergandingan dengan Saharul Ridzwan sebagai Affan mengundang ramai begitu melayan kisah konflik kekeluargaan dialami mereka. Tambah pula watak diperanankan oleh Puteri Sarah Liyana sebagai Dian juga dipuji.

Biarpun begitu, tentu saja diruangan Instagram milik Amyra Rosli semakin menjadi perhatian umum dengan dikongsikan mengenai drama tersebut namun ada satu posting pendedahan isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini mengundang ramai meninggalkan ratusan komen pujian terhadapnya.

Ini kerana peminat dan pengikut bukan sahaja tidak dapat move on dengan wataknya sebagai Fira malah kapsyen Amyra Rosli mengatakan dia memiliki size pinggang 25 membuatkan kecantikannya dipuji.

Berkongsikan rahsia pinggang ramping Amyra Rosli itu di posting tersebut membuatkan dia dihujani dengan ribuan tanda suka berikutan foto yang dimuat naik juga membuatkan ramai terpegun.

“Omai aii slimnya Fira pinggang 25 je… memang tak makan banyak ke apa u ni?”

“Cantiknya Myra. Tak pernah jemu tengok. Stay safe dear!”

“Cantik badan kurus nya nampak comel je muka”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Terdahulu Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.

Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.

Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu.

Sumber : mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://sportdailynews.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.