Isteri Did4kwa G4gal ‘Terbang’ Ke Eropah, Hafizh Syahrin Mula Bersuara “Dah La Race Dgn Modal Sendiri”

Atlet sukan permotoran iaitu Hafizh Syahrin Abdullah meluahkan rasa kekecewaannya di laman IG Stories terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isterinya dimaklumkan gagal untuk mengikuti Hafizh menyertai perlumbaan di Eropah. Malah, difahamkan pengalaman perlumbaan yang lalu membuka mata Hafizh untuk memastikan salah seorang individu yang dekat berada bersamanya.

Status berkenaan bagaimanapun telah undang salah faham dalam kalangan netizen. Rata-rata bersangka masalah tersebut membabitkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ini penjelasan Hafizh ekoran perkara tersebut.

‘Sumpah saya tak faham’

Difahamkan sebab pihak Imigresen Malaysia tidak membenarkan isteri Hafizh berangkat ke Eropah adalah situasi negara yang diserang pandemik Covid-19. Selain, perlaksaanan ‘total lockdown’ di negara ini bagi membendung perjalanan ke luar negara dihadkan.

Tambah Hafizh lagi, tujuan isterinya ke Eropah bukan untuk makan angin tetapi adalah bagi menemani Hafizh sekiranya sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti perlumbaan MotoGP sebelum ini.

‘Tiada kaitan dengan KBS’

Susulan itu, Hafizh turut menjelaskan mengenai posting sebelum ini bahawa tidak ada kena mengena dengan pihak KBS. Difahamkan, postingnya itu adalah untuk menyatakan kesukaran kerjasama dari pihak Imigresen Malaysia untuk membenarkan isterinya ke Eropah bagi tujuan menemani suami.

Hafizh turut memohon maaf kepada pihak KBS sekiranya posting berkenaan telah menyebabkan salah faham dalam kalangan netizen. Dia turut mengharapkan agar orang ramai tidak tunding jari dan salahkan pihak KBS.

Isteri Pelumba MotoGP Malaysia Hafizh Syahrin Jadi Perhatian Media Luar Negara Kerana Cantik!

Selepas mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dalam penampilan sulung perlumbaan MotorGP dunia Hafizh Syahrin mula jadi perhatian. Bukan saja di Malaysia tapi juga luar negara.

Menariknya perhatian itu bukan setakat kerana prestasi Hafizh Syahrin sebagai pelumba berpotensi tapi juga kerana memiliki isteri yang cantik.

Kelibat Noor Suzana Abdul Manaf yang hadir di litar bagi memberi sokongan pada suami dengan penampilan berhijab menyebabkan dia menjadi tumpuan media terutama sekali Indonesia.

Tidak dinafikan Suzana ini memang cantik orangnya. Malah dia juga merupakan model muslimah di tanah air.

Kagum dengan kecantikan isteri Hafizh ini, sejak beberapa minggu lalu banyak portal-portal di Indonesia berkongsi gambar dan gaya Suzana yang diambil dari instagramnya.

Malah Suzana juga disenaraikan oleh laman web Fox Sports Asia sebagai salah seorang daripada tujuh WAGs (Wife And Girlfriend) atlet atau ahli sukan yang paling cantik di Asia. Wow!

Memang cantik!

Fakta Menarik Hafizh Syahrin, Pelumba MotoGP Negara

1. Pada 21 Februari 2018, beliau muncul sebagai anak Malaysia pertama berlumba dalam kelas utama MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3. Selain itu, beliau juga merupakan pelumba Islam kedua yang berjaya melakukannya selepas Karel Abraham.

2. Digelar ‘Pescao 55’ dan ‘King Of Pocket Bikers’ kerana kehebatan aksinya di litar.

3. Antara sukan lain yang digemari Hafizh ialah futsal, bola padang, badminton, tenis, golf dan lumba basikal.

4. Sekiranya bukan seorang pelumba motosikal, beliau ingin menjadi pemain bola sepak profesional.

5. Telahpun mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2017, dengan Suzana Manaf yang juga seorang model muslimah.

6. Mengimbau sejarah awal kariernya, Hafizh seawal usia sembilan tahun telah dibawa bapanya, Abdullah Harun untuk menyertai perlumbaan pocketbike di pelbagai negeri di Malaysia.

7. Bapanya yang ketika itu hanya bekerja di bengkel motosikal yang diusahakan, mengakui berhadapan isu kekangan kewangan dalam merealisasikan harapan untuk melihat Hafizh membesar sebagai seorang pelumba bertaraf dunia.

8. Namun usaha itu semakin berbaloi apabila Hafizh menampakkan taringnya sebagai pelumba hebat sejak berusia 10 tahun, malah bergelar juara pocketbike aircol dan watercol.

9. Antara momen yang tidak dapat dilupakan apabila dua beranak ini yang kesempitan wang, terpaksa menjadikan kereta sebagai tempat tidur, ketika bapanya membawa Hafizh ‘pusing’ satu Malaysia untuk menjayakan beberapa perlumbaan pocketbike.

10. Pada 2009, beliau memenangi perlumbaan kategori Novice (kini dikenali sebagai CP115) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas. Seterusnya di usia 16 tahun, Hafizh menjadi juara termuda kategori CP130.

Sumber: Detik Sports, Fox Sports Asia, Bangka Pos, instagram suzanamnf

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.