Netizen Perasan Datuk Siti Nurhaliza Makin Langsing, Afwa Pula Makin Berisi. Ini Rupanya Tipsnya…..

Belum genap 60 hari melahirkan bayi kedua, nampaknya badan Datuk Siti Nurhaliza dah semakin slim dan seolah-olah seperti anak dara. Walaupun melahirkan Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa melalui kaedah pembedahan, ia bukan halangan untuk kembali mendapat berat yang ideal.

Menerusi instagram ctdk, Siti berkongsi aktiviti terbarunya dengan mula melakukan senaman selepas 44 hari berp4ntang. Walaupun kekangan Perintah Kawal4n Perger4kan (PKP) ia tidak menghalangnya melakukan senaman sekitar kawasan perumahannya.

Gambar yang ditulis dengan kapsyen “Alhamdulillah..sudah mula bersenam..” mendapat reaksi positif dari rakan artis dan peminatnya.

Ramai yang teruja dan memuji usaha Siti itu. Membuat senaman ringan bukan untuk dapat bentuk badan yang l4ngsing je tetapi kesihatan diri juga berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini pun, masa gambar bersama keluarga di pagi Syawal, Siti ada berkongsi bebeberapa keping gambarnya dan rata-ratanya memuji penampilan terbaru. Ada yang tak sabar melihat Siti buat comeback.

Ibu langsing, Afwa makin tembam

Sementara itu, perkongsian video terbaru Muhammad Afwa juga menarik perhatian peminat ibunya. Ini kerana ramai yang geram melihat kecomelan Afwa ditambah pula dengan pipinya yang tembam.

Biarpun nak tengok Afwa buka mata susah kerana asyik tidur saja, dari raut wajah tu ramai yang kata ikut muka ibu. Di bahagian pipi ada sikit iras ayah, Datuk Khalid. Bukan itu je, sekali tengok Afwa ni pun ada iras dengan Arif Jiwa.

Sebagai ibu, Siti turut menitipkan doa buat anak lelakinya semoga dapat membesar menjadi anak kebanggaan dan melindungi keluarga.

Muhammad Afwa, pelengkap hidup ibu. Mudahnya nak menguruskan dikau. Anak yang tenang, tak buat ibu resah. Semoga terus menjadi penyejuk mata & hati ayah ibu, pelindung keluarga seperti ayahmu

Kredit: IG ctdk ; babyctdk

Sumber :pa&ma

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : https://resepi.merpatiputeh.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.