“Pengab4ian SOP…” – Laporan sias4tan dedah pvnca 2 tren bertembung rupa-rupanya…

SELEPAS lebih dua minggu i.nsiden pert.embungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji dengan sebuah lagi tren yang membawa penumpang, punca sebenar kejadian akhirnya didedahkan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pengabaian prosedur operasi standard (SOP) k.ritikal oleh pemandu tren bernombor 40 dan pengawal pusat kawalan operasi (OCC) LRT ketika mengendalikan g.erabak menjadi punca i.nsiden yang berlaku pada 24 Mei lalu.

Menurut beliau, tren 40 mengalami masalah apabila salah satu daripada dua sistem komunikasi vehical on board communication (VOBC) gagal berfungsi pada jam 6.26 petang.

“Apabila VOBC gagal berfungsi, tren 40 perlu dikosongkan dan dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk dihantar ke depoh penyelenggaraan di Lembah Subang iaitu terletak di arah selatan.

“Namun pada jam 8.13 malam, satu lagi VOBC tren berkenaan gagal berfungsi dan pemandu telah dikerahkan untuk mengendalikan tren 40 secara manual ke Stesen Dang Wangi agar ia dapat diset semula ke mod kawalan automatik (ATO),” katanya.

Ka Siong berkata demikian ketika sidang akhbar secara maya mengenai laporan s.iasatan berhubung ins.iden tersebut pada Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Ka Siong berkata OCC tidak dapat mengawal tren berkenaan apabila kedua-dua VOBC rosak.

“Sia.satan mendapati ketika proses pemindahan tren 40 untuk diset semula dan dikembalikan kepada ATO, pemandu dan pengawal OCC telah mengabaikan SOP kr.itikal tertentu,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan komunikasi antara OCC dengan pemandu tren 40 pada ketika itu sedang berada dalam pengendalian ‘time out’ dan pelepasan tren 81 mengakibatkan berlakunya perla.nggaran.

“Tren 81 dilepaskan dari Stesen KLCC ke Stesen Kampung Baru tanpa pengesahan tepat bahawa tren 40 telah diset semula kepada ATO.

“Keadaan ini seterusnya mengakibatkan berlakunya pertembungan antara tren 40 dan tren 81,” katanya.

Sehubungan itu, Ka Siong berkata, kementeriannya menerusi jawatankuasa teknikal telah mengemukakan 23 cadangan penambahbaikan yang harus dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail kepada kabinet agar perkara serupa tidak berulang.

Ia merangkumi lima cadangan penambahbaikan bagi jangka pendek, 11 jangka sederhana dan tujuh jangka panjang yang memerlukan masa lebih dari enam bulan untuk dilaksanakan.

Antara lima penambahbaikan jangka pendek adalah menetapkan dua pemandu bagi mengendalikan tren secara manual.

“Peranan pemandu kedua adalah sebagai pegawai keselamatan dan pematuhan selain mereka perlu dibekalkan dengan lampu suluh berkuasa tinggi ketika bertugas di dalam terowong,” katanya.

Tambahnya, Prasarana dan Rapid Rail turut dicadangkan agar menjalankan penilaian teknikal terhadap SOP pengendalian tren secara manual di dalam terowong bersama audit secara berskala.

“Bagi penambahbaikan dalam jangka masa panjang, syarikat itu perlu mengadakan kursus latihan dan pensijilan semula secara berkala bagi mengekalkan kecekapan pengawal OCC dan pemandu tren.

“Prasarana juga perlu menjalankan penilaian risiko terhadap pemasangan ‘stanchion’ di ‘vestibule’ di dalam tren,” katanya lagi.

Dalam kejadian pada 24 Mei lalu, tren 40 yang sedang dipandu uji bert.embung dengan tren 81 yang sedang membawa 213 penumpang dari Stesen KLCC ke Stesen Kampung Baru.

Insid.en tersebut mengakibatkan 47 penumpang mengalami ce.dera p.arah, manakala 166 c.edera ringan.

Ia merupakan pel.anggaran kali pertama sejak LRT memulakan operasinya sejak 23 tahun lalu. – SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: mstar