PKP 3.0 disambung 2 minggu lagi, Ismail Sabri jelaskan sebab kenapa

KERAJAAN memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

Kes Masih  Tinggi

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5, 000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam (Khamis) ialah 6, 871.

“Senarai positif atau negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” demikian menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri yaakob pada Jumaat.

Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Naik semula… Malaysia rekod 6,849 j4ngkitan baharu, 84 lagi k0rban

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6, 849 kes baharu, menjadikan keseluruhan 646, 411 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 78, 864 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6, 849 kes baharu yang dilaporkan, 6, 845 kes merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 558 kes, diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699) dan Negeri Sembilan (685).

Putrajaya pula merekodkan 10 kes pada hari ini, manakala Perlis dengan dua kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 84 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3, 768 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 7, 749 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 563, 779 kes.

“Sehingga kini, terdapat 912 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Raw4tan Rapi (ICU) di mana 458 kes memerlukan b4ntuan pernaf4san,” katanya.

‘Saya dah lama maafkan semua orang yang m4rah saya’

Selepas menarik perhatian netizen dengan gambar menutup pintu pejabat, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi mencuri perhatian warga net apabila secara spontan menjawab permohonan maaf seorang pengguna media sosial terhadapnya.

Pemilik akaun Facebook Eyra Ziraa dari Taiping sebelum itu memohon maaf secara terbuka kepada Ismail Sabri kerana mendakwa sebelum ini dia sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap naib presiden Umno terbabit.

Melalui pengakuan itu Eyra Ziraa berkata sebelum ini dia banyak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ismail Sabri.

Namun katanya ketika ini dia melihat ahli parlimen Bera itu seperti kepenatan kerana bekerja dan menanggung “beban”.

“Menteri lain saya tak tahu, tapi Datuk Seri banyak memikul beban seolah semua benda dipikul Datuk Seri, tertengok live ‘Pak Long Mail’ dengan Dr Noor Hisham, rasa sayu hati,” katanya dalam satu hantaran di ruangan komen Facebook Ismail Sabri.

Ismail Sabri secara spontan tampil menjawab komen Eyra Ziraa dengan berkata dia memaafkan semua individu yang melahirkan rasa marah terhadapnya di media sosial.

Bahkan dengan rendah hati Ismail Sabri turut memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia dan berikrar akan melakukan yang terbaik kepada semua rakyat.

“Saya dah lama maafkan Eyra dan semua yang marah kepada saya.

“Saya tahu sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah.

“Saya pun mohon maaf.. terima kasih kerana memahami. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” tulis Ismail Sabri.

Ismail Sabri merupakan salah seorang menteri kanan dalam kabinet Perikatan Nasional (PN) yang diketua Muhyiddin Yassin.

Diberikan portfolio mengetuai Kementerian Pertahanan, dia menjadi watak utama dalam kempen menangani Covid-19 selepas PN menjadi kerajaan. Malah pada satu ketika Ismail Sabri muncul setiap hari di kaca TV untuk memberikan maklumat terkini mengenai situasi negara.

Dia juga adalah orang yang menjelaskan dari semasa ke semasa perkembangan prosedur operasi standard (SOP) semasa menghadapi Covid-19.

Kelmarin Ismail Sabri mencuri perhatian apabila memuatnaik gambar menutup pintu pejabat dengan kapsyen tergantung.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…..” tulisnya di Facebook.

Hantaran itu dimuat naik selepas dia mengumumkan bahawa kilang arak tidak dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.