Beria sampai dim4lukan satu Malaysia. Tajuddin ded4hkan ada pihak yang cuba nak jatuhkan imej dia. Sekali Tajuddin mahu ambil tindakan undang undang.

“Beria Hingga Saya Dimalukan Seluruh Negara” – Jatuhkan Imej, Tajuddin Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang!

Beria sampai dimalukan satu Malaysia. Tajuddin dedahkan ada pihak yang cuba nak jatuhkan imej dia. Sekali Tajuddin mahu ambil tindakan undang undang.

Mendakwa ada pihak cuba menjatuhkan imejnya susulan kejadian tren LRT baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memutuskan untuk mengambil tindakan tegas.

Menurut Tajuddin, tindakan pihak berkenaan yang menggambarkan beliau seolah-olah tidak prihatin, tidak sensitif selain mendakwanya rasis kerana mempersoalkan wartawan bukan warga negara disifatkan sebagai penghinaan.”Saya akan mengenal pasti siapa yang beria hingga saya dimalukan seluruh negara.

“Digambarkan sebagai seorang pengerusi yang tidak layak jadi pengerusi, seorang tokoh rasis, tidak sensitif dan tidak ikut prosedur operasi standard (SOP). “Ini penghinaan terhadap saya dan akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

Menurutnya, ia juga dilihat sebagai mainan pihak tertentu yang disifatkan suka menimbulkan kontroversi hingga ramai orang mempercayainya tanpa usul periksa terlebih dulu.

“Di mana yang dikatakan tidak prihatin dan tidak sensitif dengan kejadian itu. “Adakah disebabkan sebut ini berlaku kerana dua tren bercium itu diambil bahan mengatakan saya tidak sensitif,” katanya.

Sekadar info, Prasarana telah menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta. Keputusan mengejut itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren LRT, baru-baru ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan hal ini. Tajuddin dikenakan kompaun sebanyak ini atas kesalahannya semasa sidang media tersebut.

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Tajuddin sudah dikembalikan dari pejabat Jabatan Peguam Negara, semalam.

“Susulan itu, beliau dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021. Kesalahan gagal memakai pelitup muka itu dilakukan semasa mengadakan sidang media berkaitan kejadian yang tak diingini membabitkan tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC), di sini, seperti disyaratkan dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, tawaran kompaun RM1,500 itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19,” katanya. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka, yang tular di media sosial, pada 25 Mei lalu.

Kejadian itu berlaku ketika beliau mengadakan sidang media selepas meninjau tempat kejadian tren di stesen LRT KLCC, hari sama.

Ada keluarga yang minta pampasan sampai 1.8 juta. Tak boleh berdiam akhirnya Ceo prasarana mula bersuara tentang tuntutan yang diminta.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan ia sudah menerima notis tuntutan daripada peguam yang mewakili Wong Chee Foong, seorang daripada penumpang yang terkesan akibat kejadian tren sistem transit aliran ringan (LRT), awal minggu lalu.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Norlia Noah berkata, Prasarana menerima notis itu hari ini dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik Prasarana untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.

“Kebajikan penumpang kami terus menjadi keutamaan. Prasarana dari semenjak mengetahui kejadian itu mengambil langkah segera untuk sama ada menghubungi penumpang terbabit atau ahli keluarga mereka.

“Kami memahami En Wong kini masih menjalani rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan ihsan kepada beliau akan disampaikan sebaik sahaja keadaan sesuai untuk berbuat demikian.

Kami memberi jaminan perbelanjaan perubatan untuk operasi dan rawatan lain di Hospital Kuala Lumpur akan ditanggung sepenuhnya oleh Prasarana dan kami mendoakan supaya En Wong segera sembuh,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan keluarga lelaki itu menghantar notis tuntutan kepada Prasarana, meminta pengendali perkhidmatan rel itu membayar RM1.8 juta pampasan dan ganti rugi kecuaian di atas kelukaan yang dialaminya.

Tuntutan berkenaan merangkumi perbelanjaan bagi perubatan, kelukaan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan am atas kecuaian yang berlaku.

Norlia juga berkata, Prasaran sudah mula melakukan pembayaran sumbangan ihsan seperti yang diumumkan semasa sidang akhbar pada 25 Mei lalu. “Ini merupakan sumbangan ihsan sekali bayar kepada semua 213 penumpang terbabit dan akan dibayar sebaik sahaja butiran penumpang diperoleh dan disahkan.

Setakat ini 31 penumpang sudah tampil untuk menerima bantuan itu,” kata beliau. Tambahan pula, syarikat itu juga sudah menghulurkan sumbangan ihsan dalam bentuk bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan dan rawatan susulan selain daripada menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua penumpang yang terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian 8.33 malam, 24 Mei itu, sebuah tren yang tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Pada keesokan harinya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata siasatan awal mendapati kejadian itu antaranya disebabkan kecuaian pemandu salah sebuah tren itu

yang memandu di arah yang salah. Prasarana sebelum itu mengumumkan bahawa ia akan menyediakan bantuan khas RM1,000 dan bantuan lain kepada semua yang terlibat dengan kejadian itu.

Sumber : sportdailynews

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Tren LRT Tersebut Berjaya Dibawa Keluar Lebih Awal Dari Tarikh Yang Sepatutnya. Rupanya Ini Yang Team Terpaksa Lakukan.

Perkembangan terbaru mengenai tren LRT yang terlibat dalam kejadian pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan. Menerusi kiriman di Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau memaklumkan bahawa ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Team Recovery Rapid Rail yang bekerja 3 shif tanpa henti.

Menurutnya, tren TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi. Beliau juga berkata bahawa pihak Prasarana kini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC. Tidak cuma itu, bekalan kuasa seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai terpaksa ditutup bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Penutupan bekalan kuasa itu juga melibatkan lima buah stesen LRT iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi. “Sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang telah diumumkan. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Sumber: Wee Ka Siong

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas Tular Kejadian Yang Libatkan LRT Tersebut. Kini Ada Pihak Tampil Dan Umumkan Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak Ini.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 b4ntuan khas akan diberikan kepada 213 individu yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di LRT malam tadi. Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi kejadian di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan luka dengan 47 daripadanya teruk apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.

Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini. Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.

Sumber: Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://greatdailynews.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.