Gosip cinta Sharnaaz dan Azira Shafinaz makin p4nas… Shukri Yahaya syak dah sampai tahap ni…

GELAGAT pelakon Shukri Yahaya dengan Sharnaaz Ahmad setiap kali mereka berbual dan bergurau ketika sesi Instagram Live (IG Live) sering menarik perhatian netizen.

Malah, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya dilihat gemar menyakat rakan baiknya itu yang kini digosipkan bercinta dengan aktres dan penyanyi Azira Shafinaz.

Biarpun rapat dengan Sharnaaz, namun Shukri berkata dia tidak mengetahui sejauh mana hubungan mereka berdua namun mendedahkan aktor tersebut dan Azira masih dalam fasa mengenali satu sama lain.

Shukri suka menyakat Sharnaaz dan Azira ketika IG Live.

“Memang saya dengan Sharnaaz selalu juga buat IG Live bersama. Kalau dia tengah IG Live, saya akan join sekali… sebab saya suka kacau dia.

“Kami memang rapat juga tapi sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira, itu saya tak pasti sangat. Tapi saya rasa mereka masih berkawan.

“Mungkin masih di fasa mengenali satu sama lain… belum ada lagi kata putus yang mengatakan mereka ini pasangan kekasih,” kata Shukri kepada mStar.

Sebelum ini beberapa video IG Live Shukri dan Sharnaaz mendapat perhatian ramai apabila Azira turut menyertai mereka.

Belum ada kata putus yang mengatakan mereka (Sharnaaz dan Amira) ini pasangan kekasih.

SHUKRI YAHAYA

PELAKON

Sharnaaz dan Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa selepas aktor itu memuat naik foto mereka bersama dan kerap berbalas komen di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga berkongsi mengenai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Mengakui berasa paranoid melihat kes c0vid-19 yang semakin meningkat, Shukri mengambill langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan orang tersayang.

Shukri bersama isteri dan dua orang anak mereka.

“Macam biasa la, sepanjang tempoh PKP ini tak ada penggambaran. Jadi saya luangkan masa bersama keluarga. Selain itu saya tetap dengan hobi saya membuat leather, main games dan melukis kadang-kadang,

“Melihat kes setiap hari meningkat ini, memang buat saya jadi paranoid juga la. Nak keluar pun takut, sebab kita dekat rumah ada anak-anak kecil. Saya memang sangat berjaga-jaga.

“Saya berharap sangat dan berdoa supaya saya tak leka dengan keadaan sekeliling… SOP sangat penting, kalau tak ada benda penting, saya memang tak keluar. Demi menjaga orang tersayang,” ujarnya.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aira Ameena, 5 dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 11 bulan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.