Caprice & 6 Selebriti Lain Dik0mp4un Selepas Did4kwa L4ngg4r SOP

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah telah mengesahkan seramai tujuh selebriti yang terlibat di dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel dikenakan komp4un berikutan mel4nggar prosedur operasi standard (​SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Caprice Dikomp4un RM10,000

Memetik laporan Utusan Malaysia, kertas si4satan k3s terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin lalu dengan keputusan mengenakan komp4un sebanyak RM10,000 kepada Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli,33 selaku penganjur.

“Seorang penyanyi Rap iaitu Ariz Ramli atau Caprice dari Syarikat Rindu Raudah Sdn. Bhd. dan selaku penganjur pula dikenakan RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di sepanjang majlis tersebut berlangsung,” kata Mohamad Zainal

6 Selebriti Dikomp4un RM1,500

Manakala 6 selebriti lain dikenakan komp4un RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam hotel terbabit dan ketika acara itu berlangsung.

Terdahulu, satu siasatan dibuka oleh PDRM berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa selebriti seperti Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Murai my