“Allah Akan Tunjuk Seberapa Cepat Anda Boleh Berada Di Kasut Yang Sama,” – Berhenti Nilai Orang Lain, Ini Nasihat Bella Astillah Kepada…

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan sebagai manusia, kita tidak berhak untuk menilai kehidupan orang lain terutamanya buat mereka yang sedang dilanda dengan pelbagai duga4n.

Menurut Bella yang juga merupakan isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, kita sepatutnya melihat permasalahan orang lain dengan rasa belas kasihan selain turut mendoakan semoga Allah menunjukkan mereka jalan keluar yang terbaik.

Katanya lagi, duga4n yang berlaku terhadap orang lain turut boleh terjadi kepada diri kita sendiri seandainya kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

“Berhenti menilai orang. Itu tugas Yang Maha ESA bukan tugas anda. Sebaliknya lihatlah orang dengan belas kasihan & empati.

“Ingat, apa sahaja yang berlaku kepada mereka boleh berlaku kepada anda. Ia mampu bertukar. Allah s.w.t akan menunjukkan seberapa cepat anda boleh berada di kasut yang sama. Sentiasa merendah diri,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Bella turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa merendah diri dan berfikiran positif terhadap orang lain.

Sekadar informasi, Bella dan Aliff telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 9 September 2016.

Bagaimanapun, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda b4dai dan mereka bercer4i pada 2019 namun telah rujuk kembali semasa dalam tempoh iddah.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram Bella Astillah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: media hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.