Hafidz Roshdi bela Elizad, sering nampak solat di set penggambaran – “Selalu nampak dia ambil wuduk, bentang sejadah”

GERAM dengan tindakan seorang netizen mempersoalkan ibadat solat pelakon Elizad Sharifuddin, rakan selebriti yang pernah bekerja dengannya iaitu Hafidz Roshdi tampil bercerita perkara sebenar.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 27, berkata, dia yang pernah menjalani penggambaran bersama aktres itu memberitahu, Elizad tidak meninggalkan tanggungjawab itu biarpun sedang sibuk bekerja.

“Saya nak bagi tahu benda betul yang nampak depan mata, saya tak cakap benda macam ni kalau tak nampak sendiri.

“Setiap kali penggambaran di rumah mesti nampak dia ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali nampak tapi setiap kali!” ujarnya kepada mStar.

Elizad luah rasa sedih IG pada malam Rabu.

Hafidz ditemui pada sidang media Bujang Tampan Selamba yang diadakan secara maya pada Khamis.

Terdahulu, pelakon Elizad meluahkan rasa sedih apabila menerima hin4an di ruangan komen sebuah portal yang menvduhnya sebagai mandvl, tidak solat dan tidak menutup avrat.

Kadang-kadang kita nampak orang tidak bertudung mesti kata tak solat, jadi jangan nilai orang daripada luar.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

Elizad memberitahu dia sudah berusaha pelbagai cara dan rawatan untuk mendapatkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan rezeki itu.

Pelakon Teman Lelaki Upahan itu membuat laporan polis pada malam Rabu terhadap seorang netizen yang dianggap melamp4u dan cuba menjatuhkan marvahnya.

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut meminta orang ramai agar tidak menilai ibadah seseorang daripada luaran semata-mata.

“Kadang-kadang kita nampak orang tidak bertudung mesti kata tak solat, jadi jangan nilai orang daripada luar” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.