Amar Asyraf Buat Live Jual Baju, Sekali Zizan Masuk ‘Awak Sedekahlah Dekat Sesiapa’

Pelakon Amar Asyraf mengakui tersentuh dan terharu dengan kemurahan hati pelawak terkenal iaitu Zizan Razak yang sudi membeli baju dan sambal yang dijualnya menerusi sesi live di Instagramnya malam tadi. Bukan itu sahaja, Zizan turut meminta Amar menyedekahkan hasil pembeliannya itu kepada orang ramai.

Zizan sedekah baju, sambal

Berdasarkan sesi live yang berlangsung selama satu jam itu memperlihatkan Amar Asyraf berusaha mempromosikan baju jualannya dengan memberikan kod kepada penonton. Pada 15 minit terawal, Amar memaklumkan tiada seorang pun yang membeli baju tersebut akan tetapi dia tidak mudah berputus asa dan tetap mempromosikan barang jualannya itu.

Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, pelawak terkenal iaitu Zizan Razak telah membeli baju daripada Amar dengan jumlah keseluruhan berharga RM500. Bukan itu sahaja, Zizan turut menambah RM500 lagi dengan membeli sambal yang dijual Amar. Zizan meminta baju dan sambal yang dibelinya itu disedekahkan kepada orang ramai.

Cer tengok baju. Saya nak beli lah. Saya nak beli dalam RM500 lepas tu awak sedekahlah dekat sesiapa. Nanti saya DM nombor saya, awak bagi nombor akaun. Then sedekah dekat sesiapa.

Saya masuk RM1000, RM500 untuk baju, RM500 untuk sambal.

Johan Arrif borong RM200

Bukan itu sahaja, pelakon Johan Arrif juga telah membeli baju daripada Amar dengan harga RM200. Dalam kesempatan itu, Amar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Zizan dan Johan kerana bermurah hati membeli baju dan sambal jualannya untuk disedekahkan kepada orang ramai.

Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar @zizanrazak869 untuk saya. kemudian @johanarrif_asari tolong saya.tadi saya nampak seorang lagi saudara saya @zahiriladzim jugak.Terima Kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers. Saya tak tahu nak cakap macam mana. kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf. terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan Allah sahaja yang dapat balas.

Video

Amar Asyraf menuju keins4fan

“Maafkan saya atas kelemahan sebelum ini,” kata pelakon Amar Asyraf yang kini mula melakukan perubahan positif dalam hidupnya dan mula memberi tumpuan terhadap aspek keroh4nian.

Amar ketika dihubungi berkata, dia bersyukur Allah masih sayangkannya sehingga memilihnya untuk mendalami agama.

“Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, beberapa rakan artis sudah lama mengajaknya menyertai jemaah dakwah, namun dia kurang berminat.

“Sudah dua tahun mereka ajak tapi hanya baru-baru ini Allah pilih untuk saya menyertainya. Tak dinafikan ada rasa nak ikut tapi saya masih alp4.

“Saya membiarkan diri dig0da sy4itan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini.

“Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia,” katanya.

Amar berkata, dia belajar apa yang patut dibuat atau dilar4ng agama Islam.

“Nak bercerita lebih-lebih pun saya masih belum pandai dan takut mengelirvkan,” katanya.

Ditanya sekiranya netizen masih mengecamnya berikutan kontrov3rsi membabitkan kisah peribadinya sebelum ini, Amar menerimanya dengan hati terbuka.

“Tak apa kerana itu kelemah4n saya. Saya tidak ambil kisah kerana nak kembali ke fitrah yang sepatutnya. Berkenaan bidang seni akan diteruskan tapi tengoklah pada bentuknya. Sudah pasti akan ada perubahan. Saya pegang pada pendapat jumhur ulama supaya jangan terlalu drastik membuat perubahan,” katanya.

Menurutnya, perubahan yang berlaku bukan kerana kontrov3rsi yang pernah dilaluinya.

“Allah tarbiah saya kerana sebelum ini ada pelbagai kekangan. Dia akhirnya tarik semua kekangan itu dan saya terus jalan. Ia bukan kerana saya tertekan walaupun perasaan itu memang ada. Jalan sudah terbentang luas dan saya akhirnya keluar mendalami agama,” katanya.

Menurutnya, Islam itu mudah dan kita yang membuatkannya susah.

“Allah tidak pernah kata kita akan masuk neraka. Dia bagi peluang untuk kita buat amalan, tapi bukan bermakna kita kena tolak dunia. “Ini pengalaman yang dilalui dalam tempoh tiga hari. Insya-Allah, tengoklah selepas ini saya bercita-cita untuk menyertainya selama empat bulan,” katanya.

Kontrov3rsi membabitkan Amar tercetvs apabila perkahwinannya dengan isteri kedua, Vivi Jeffry terbongkar menerusi pendedah4n seorang wanita, Ellika Azman yang mend4kwa hampir berkahwin dengan Amar, tetapi rancangan itu gag4l selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Amar kemudian menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019. Amar berkahwin dengan isteri pertama, Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

Sumber: Amar Asyraf

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw