“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan”-Ismail Sabri buat satu pengumuman

Hari ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob megumuman Lembah Klang kini boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN)

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.
Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2”

‘Kadar v4ksinasi tinggi akan turunkan kes kritik4l C0v!d-19 di Lembah Klang’

Kadar vaksinasi yang tinggi di Negeri Sembilan telah menurunkan kes kritikal C0v!d-19 di Negeri Sembilan dan perkara yang sama boleh berlaku di Lembah Klang dalam beberapa minggu akan datang, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap kepada wartawan di Tampin, Johor hari ini, Khairy mengatakan 98 peratus populasi dewasa Negeri Sembilan menerima satu dos v4ksin sementara 82 peratus lagi populasi dewasa sudah diberi v4ksin sepenuhnya.

Kata Khairy, ia telah membantu menurunkan jumlah orang yang dimasukkan ke hospital untuk C0v!d-19 di negeri ini ke bawah 70 peratus, termasuk penggunaan alat bantuan pernafasan dan katil di unit rawatan rapi.

“Dan kita melihat dari segi kes harian pun, telah jatuh daripada yang paling tinggi pada bulan Ogos iaitu 1215 kepada hanya 270 semalam. Ini menunjukkan kejayaan awal program imunisasi di Negeri Sembilan.

“Namun demikian, kita sentiasa berhati-hati, kita tidak mahu tergesa-gesa membuka lebih banyak lagi sektor-sektor tanpa melakukan penilaian ris1ko yang ketat untuk kita pastikan bahawa pembukaan negara kita dilaksanakan dengan satu pendekatan yang berhati-hati, satu pendekatan di mana kita melihat adalah selamat kepada penduduk dan rakyat kita di sini.

“Saya melihat kejayaan kita di Negeri Sembilan mungkin akan menjadi satu petanda apa yang akan juga berlaku di Lembah Klang tidak lama lagi sebab KL dan Selangor mempunyai kadar v4ksinasi yang sama dengan Negeri Sembilan ataupun lebih, tetapi oleh kerana kepadatan penduduk mungkin penurunan indikator-indikator yang saya sebutkan tadi akan kita melihat dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Walaupun Negeri Sembilan telah beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, Khairy mengatakan kerajaan masih harus berhati-hati dalam membuka kembali ekonomi.

Walaupun pada Tahap 3, Khairy mengatakan bahawa orang ramai masih harus mematuhi peraturan kesihatan awam, terutama dalam pemakaian pelitup muka.

Sementara itu, Khairy berkata hanya pesakit Kategori 3 dengan komorbiditi yang akan dimasukkan ke hospital buat masa ini.

Kategori 3 merujuk kepada pesakit dengan jangkitan paru-paru tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.

“Cuma untuk yang tidak bergejala ataupun bergejala ringan, ataupun kategori 3 yang kita rasa tidak mempunyai komorbiditi dan boleh menjalankan kuarantin di rumah, saya nak ingatkan supaya mereka ini sentiasa menggunakan Home Assessment Tool dalam MySejahtera,” katanya.

Mereka yang mengalami komplikasi semasa kuarantin di rumah mesti segera menghubungi pihak kesihatan untuk meminta bantuan.

Pengkritik menyorot bahawa banyak kem4tian C0vid-19 adalah akibat dari peraturan kuar4ntin di rumah, kerana mangsa tidak dapat mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.