“Mak dia ingat tak ada orang nak beli” – Lelaki Terkejut, Lukisan RM 1 Anak Habis Terjual!

Bila makin membesar seorang kanak-kanak itu, semakin banyak perkara yang ingin mereka teroka dan pelajari. Kadang-kadang itu juga, niat mereka itu bukanlah satu perkara yang pernah terlintas dalam fikiran seorang ibu bapa tersebut dek kerana keinginan oleh anak-anak itu sendiri.

Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki ini, apabila dia tidak menyangka bahawa keinginan dan usaha anaknya yang masih kecil mampu mendatangkan hasil yang member4nsangkan.

Anak teringin nak berniaga

Perkara ini dikongsikan oleh Fadhil Zainuddin di laman Facebooknya, yang menceritakan tentang kisah anak perempuannya yang ingin cuba berniaga.

Menerusi posting yang dimuat naik, Fadhil mengatakan bahawa anak sulungnya meminta padanya untuk buka kedai supaya dia boleh berniaga. Malah anaknya bersungguh, dan meminta untuk sediakan tempat di depan rumah mereka yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Depan rumah pun takpe” kata anak perempuannya.

Lukisan habis terjual.. Nak berniaga lagi

Selepas kanopi didirikan beserta meja telah disediakan, maka anaknya itu berniaga menjual lukisan yang dilukisnya bersama adik kecil yang membantu.

Lalu Fadhil pun membiarkanlah, kedua anaknya itu cuba untuk berniaga. Namun tak disangka-sangka, apabila keenam-enam lukisan yang berharga RM 1 setiap satu itu berjaya dijual oleh anak-anaknya. Hebatlah adik!

Oleh sebab kejayaan menjual semua lukisan itu, anaknya dah menyuarakan keinginannya untuk berniaga lagi pada keesokan hari.

Walau bagaimanapun, hasrat tersebut membuatkan Fadhil dan isterinya ‘pening’ sebab tak sangka yang ia nya akan laku terjual.

“Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi,mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli.” kata Fadhil.

“Kalau jual kt kuantan pakcik jd org 1st beli”

Meninjau di ruangan komen, aks1 anak-anak kecil itu nyata membuatkan rata-rata netizen berasa senang melihatnya. Ramai memuji keinginan adik tersebut serta dah berniat untuk beli lukisan dijualnya itu.

Bukan itu saja, malah ada yang turut memuji tindakan Fadhil dan isterinya yang tetap menyokong minat anaknya itu.

Memang mantap lah adik, dari kecil dah ada niat nak cari duit. Semoga membesar dengan sihat ya!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.