“Second Pic Macam Nampak Pervt…,” – Figura Terkini Neelofa Sekali Lagi Cvri Perhatian, Ramai Yang Mendoakan

Perkongsian foto terkini daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencvri perhatian wargamaya.

Selepas beberapa hari tidak berkongsi foto terbaharu, hantaran tersebut nyata memberi ruang buat pengikutnya untuk meninggalkan komen dan titipan.

Malah, tidak kurang yang memuji penampilan figura bekas hos MeleTop ini dan ada juga yang membuat spekulasi dia tampak berseri kerana did4kwa sedang berbadan dua.

Biar hal tersebut tidak pernah disahkan tuan badan, namun peminat turut berdoa yang terbaik berkaitan hal berkenaan.

“Comenya mummy preggy ni sorang.”

“MasyaAllah tabarakallah… pretty.”

“Rindunya tengok Neelofa.”

“Pakai apa pun cantik.”

“Semoga dilindungi dan dipermudahkan.”

“Second pic macam nampak pervt. Kalau betul alhamdulillah.”

“Pregnancy glow.”

Itu antara komen awal yang ditinggalkan wargamaya menerusi ruangan komen.

Terdahulu, perkongsian foto berkenaan adalah bersempena dengan ulang tahun jenamanya, Naelofar yang ketujuh yang turut disertakan dengan pelbagai promosi dan koleksi terkini khusus buat pembeli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Celebrating #NaelofarTurns7 with Jewel The Anniversary Collection ! Launching this tonight at 9PM. InsyaAllah,” tulis Neelofa pada ruangan komen.

Sebelum ini, Neelofa pernah dikatakan hamil apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan ‘baby bump’ usahawan itu tular di media sosial.

Meski sering dihujani pertanyaan mengenai kehamilan, Neelofa mahupun suaminya, Haris mengeluarkan sebarang penafian mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Apapun, kami mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : MH