“Such A Liar!” – Chef Wan Hilang Sabar, Anggap Sikap Shikin Maembong Memalukan

Kemelvt diantara personaliti masakan terkenal, Datuk Cef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong terus berpanjangan.

Cef Wan Ded4h Perkara Sebenar 

Setelah Shikin menafikan bahawa perkahwinannya bersama bekas suami yang juga personaliti masakan, Cef Riz ditaja oleh Wan, pemilik nama sebenar Redzuawan Ismail itu tampil mended4hkan perkara yang sebaliknya.

Tegas Wan, tindakan Shikin menafikan perkara tersebut adalah bohong semata-mata. Menurut Wan, dia telah menaja majlis resepsi anaknya dengan Shikin suatu ketika dahulu di sebuah dewan acara. Jelas Wan lagi, dia masih mempunyai bukti termasuk resit dan saksi mengenai tajaan tersebut.

“Dasar penipu! Saya tanya anak saya semasa resepsi perkahwinan di Ombak Asmara itu jika tidak salah makan malam untuk 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan?

“Saya boleh bawa saya punya saksi-saksi ketika itu macam makcik Florence dan ada beberapa orang lain yang ikut sama untuk bantu saya uruskan majlis itu dan saya yang bayar mereka!

“Saya yakin saya masih boleh cari buku cek itu. Saya tidak fitnah orang kurang bijak ini dengan muka nya yang memualkan kerana menudvh saya sebarangan” katanya

Tegvr Sikap Shikin

Ded4hnya lagi, perkahwinan tersebut ditaja olehnya kerana Riz tidak mempunyai wang yang mencukupi ketika itu malah perkahwinan pertamanya juga ditaja oleh Wan.

“Maafkan anak saya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi berkahwin dengan awak ketika itu( saya tanya dia kau nak kahwin dengan betina ini cukup duit tak?)

“dia jawab tak Pa, jadi saya membuat keputusan untuk membantu dan menguruskan segalanya termasuk perkahwinan pertamanya saya taja 100%.

“Malah saya memilih untuk bantu kedua-dua mereka kahwin  secepat mungkin selepas saya dengar macam-macam cerita di  belakang saya. Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kahwin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku secara terbuka kononnya di FITNAH?” tegur Wan

Sebelum ini, Murai.my melaporkan Shikin menafikan bahawa perkahwinannya bersama Riz telah ditaja oleh Wan. Tegas kakak kepada pelakon adik-beradik, Emma dan Chacha Maembong itu, perkahwinan mereka menggunakan 100 peratus hasil pendapatan perniagaan yang dijalankan bersama. Terdahulu,  Shikin bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan susulan kenyataan yang dikeluarkan cef selebriti itu mengenai dirinya dan Riz sebagai sesuatu yang memalvkan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.