Lelaki Bawa Hamster Keluar Jalan-Jalan Raih Perhatian, “Weh Bapak Comel…”

Mungkin anda sudah biasa melihat pemilik haiwan membawa kucing atau anjing mereka keluar berjalan kan? Tetapi sangat jarang untuk melihat hamster dibawa berjalan-jalan seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini baru-baru ini.

Ianya bukan sahaja kelihatan comel malah ramai yang turut sama terhibur melihat gelagat tikus atau hamster ini dibawa berjalan. Perkongsian ini turut menarik perhatian ramai di mana video tersebut tular dengan hampir sejuta tontonan setakat ini.

@faeizjrmy Bawak tikus jenjalan🥵 #hamster #cute #slebew #fypシ #fyp ♬ Me Too – Barry ALLEN🇵🇭THABRADAZPHCLO

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang memakaikan harness pada hamster peliharaannya itu. Biasanya sebelum membawa haiwan peliharaan keluar berjalan, memang mereka akan dipakaikan harness terlebih dahulu.

Namun sangat jarang untuk melihat seekor hamster atau tikus seperti ini dipakaikan harness dan dibawa berjalan-jalan. Lebih mencuit hati, hamster tersebut juga kelihatan begitu comel berjalan-jalan bersama pemiliknya ini.

harness

Sehinggakan ada yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini semasa dibawa keluar dari rumah. Dalam masa yang sama, ada juga yang turut tertarik untuk melakukan perkara yang sama pada hamster peliharaan mereka pula.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga tiada kucing yang memerhatikan hamster itu atau mungkin lain pula yang berlaku nanti.

“Aku ada beli kat hamster aku, baru nak pasang dia dah menjerit…”

lelaki

“Tapi risau tengah jalan-jalan tiba-tiba kena ngap dengan kucing…”

hamster

“Kena make sure kucing takde.”

komen

“Weh bapak comel…”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: HCL