Uyaina Arshad dimasukkan ke hospital, ini keadaan terkini beliau

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 30, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif C0v!d.19 selain mengalami tekanan darah rendah, sejak Selasa lalu.

Uyaina memaklumkan suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran, 29, turut dij4ngkiti virvs itu tetapi cuma menjalani ku4rantin di rumah.

“Syahiran boleh kuar4ntin di rumah tapi saya kena tahan di wad sebab tekanan darah rendah dan badan lemah. Pertama kali berjauhan dengan suami.

“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila dij4ngkiti C0v!d.19 ini. Ada orang mungkin gejalanya ringan. Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutama ketika hari kedua dan ketiga,” katanya tanpa memaklumkan hospital tempat dia dirawat.

Menurut Uyaina, pergerakannya juga terhad akibat kesakitan yang dialaminya. Dia tidak menafikan timbul kebimbangan jika kesakitan itu menyer4ng organ dalam badan.

“Nak jalan pergi tandas pun merangk4k. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil.

“Paling bahaya sebab ia kacau organ dalaman kita. Itupun kami dah ambil v4ksin. Bayangkan orang yang tak ambil v4ksin langsung? Yang anti v4ksin?

“Tak tahulah macam mana bermasalah badan mereka. Saya berkongsi foto ini untuk ingatan diri sendiri bagaimana syukurnya sewaktu masa sihat,” katanya.

Uyaina turut memohon orang ramai agar berusaha untuk menjaga keselamatan serta hargai kesihatan diri. Katanya, nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan.

“Kita kena jaga baik-baik. Kekal selamat semua. Saya doakan anda tak kena C0v!d.19 terutama orang-orang tua dan kanak-kanak sebab tak tahu bagaimana badan mereka nak terima,” katanya.

Uyaina turut meminta doa ramai agar dia dan suaminya diberikan kesembuhan segera.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw/