Pantai Timur Kembali Dil4nda Banjir, Tindakan Abg Viva Tarik Perhatian Ramai

Kuala Lumpur: Hujan lebat berterusan di negeri di Pantai Timur sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali dil4nda banjir.

Di Terengganu, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi iaitu tujuh di Kemaman dan satu di Setiu membabitkan 383 orang daripada 114 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan 191 individu daripada 55 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, diikuti Balai Raya Padang Kubu (79 orang, 26 keluarga), Dewan Sivik Air Putih (50 orang, 12 keluarga), Masjid Kampung Dadong (tujuh orang, dua keluarga), Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor (tujuh orang, dua keluarga), SK Air Putih (tujuh orang, dua keluarga) dan Balairaya Padang Kemunting (empat sekeluarga).

“Di Setiu pula, 38 individu daripada 14 keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Hulu Seladang,” menurut kenyataan itu.

Di Kelantan, tiga PPS dibuka iaitu dua di Tanah Merah dan satu di Kuala Krai membabitkan 52 orang daripada 17 keluarga setakat 4 petang tadi.

Dalam pada itu, Abang Viva yang terkenal dengan semangat membantu mgsa banjir di lihat sedang bersiap siaga bersama keretz pacuan 4 roda Triton untuk bergerak ke pantai timur bagi memberikan bantuan kepada mgsa-mgasa banjir di sana

Banjir Terengganu: Penduduk panjat bumbung rumah selamatkan diri

HULU TERENGGANU – Situasi banjir di daerah Hulu Terengganu semakin burvk sejak awal pagi Ahad berikutan paras air sungai yang naik mendadak menyebabkan kebanyakan daripada penduduk terkandas dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Penduduk di kawasan terjejas hanya sempat keluar sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah serta menuju ke kawasan lebih tinggi di bukit berhampiran kampung sementara menunggu bantuan tiba.

Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan penduduk yang terkandas dan terperangkap kerana paras air dengan arus deras kini naik sehingga menghampiri bumbung rumah.

Bagaimanapun, usaha menyelamat kini berdepan cabaran berikutan situasi berbahaya kerana banjir arus deras melanda kawasan tersebut.

Dilaporkan juga bekalan elektrik di kawasan terjejas terputus sejak pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Hulu Terengganu, Kepten Mohd Zabri Abd Razak ketika dihubungi berkata, pihaknya turut bergabung tenaga dengan agensi lain untuk menyelamatkan m4ngsa.

Katanya, pasukan penyelamat turut memberi maklum balas terhadap situasi bencana yang disalurkan menerusi semua platform media sosial.

Ujarnya, proses mengeluarkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkawang masih dilakukan walaupun berdepan kesukaran kerana arus begitu deras.

Antara penduduk yang terperangkap memanjat bumbung rumah di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu.- Foto ihsan pembaca

M4ngsa banjir di Terengganu meningkat

Jangan langgar pantang ‘edah monsun’

Bantuan banjir kali ini perlu lebih daripada biasa

Pengamal media turut berdepan kesukaran ke kawasan banjir kerana terputus hubungan ke lokasi berkenaan dan masalah pengangkutan.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 15 buah PPS dibuka di daerah itu dan kini menempatkan 772 mangsa banjir yang dijangka semakin bertambah sehingga lewat petang Ahad.

Sementara itu, Polis Daerah Hulu Terengganu turut menasihati mangsa banjir agar segera berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Antara kawasan paling tervk terjejas ialah sekitar Kampung Sekayu, Kampung Kemat, Kampung Tapah, Felcra Bukit Kepah, Kampung Lubuk Periuk, Kampung Sungai Berua dan beberapa lagi kawasan berhampiran.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw/