“Adakah Cinta Bertaut Kembali” Sharnaaz Sokong SOG & Shila Amzah Di AJL36, Sekali Benda Lain Jadi Bualan Netizen

Di Twitter, pelakon, Sharnaaz Ahmad sempat memuat naik komen dan pandangannya mengenai persembahan para finalis yang bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke-36, malam ini.

Ko s4kit ke mat?

Sharnaaz sempat memuat naik satu tweet yang berbunyi ‘ko sakit ke mat?’ sebaik sahaja penyanyi, Yonny Boii selesai melakukan persembahan. Yonny yang menyanyikan lagu ‘Salahku’ kelihatan ‘in character’ ketika melakukan persembahan tersebut dari awal sehingga akhir. Lebih mencuri tumpuan, Yonny dilihat tergantung setelah selesai melakukan persembahan.

Menerusi komen tersebut, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan Sharnaaz dan menyatakan Yonny Boii sengaja memilih tema ‘sakit’ untuk persembahannya malam ini.

Berdiri bulu uban jambang aku

Pelukkan angkasa SUPERB MUSIC! Berdiri bulu uban jambang aku. SOG dan Shila kalau tak menang, baik bubar je AJL.

Selain Yonny Boii, Sharnaaz turut menyatakan bahawa lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah mampu membuatkan bulu jambangnya berdiri. Tambah Sharnaaz, dia berharap lagu tersebut meraih tempat di Anugerah Juara Lagu kali ini.

VIDEO :

KOMEN NETIZEN :

Bertemakan Ini Rentak Kita, AJL36 memberi terjemahan tersendiri kepada artis dalam menata gaya.

Antara selebriti mencuri tumpuan, Yonniboii bersama isteri, Nik Nazira Narriman dan pelakon, Gambit Saifullah yang mencetuskan kontroversi dengan watak jejaka ‘gay’ dilakonkan dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa disiarkan slot Samarinda TV3.

Tidak ketinggalan, gaya Nabila Razali dengan rekaan Nurita Harith yang dikatakan sepatutnya digayakan pada AJL35.

Selain itu, seorang lagi finalis, Bunga yang mempertaruhkan lagu Intan Payung bersama Noraniza Idris, tampil di karpet merah bersama kekasih, Amzar Razqa.

Karpet merah dihoskan Sissy Iman dan Sean Lee yang disiarkan di TV9 dan YouTube TV3 Malaysia sebelum malam kemuncak AJL36 bermula.

Sementara itu, persembahan artis lama dan baharu pada segmen pembukaan AJL36 menyerlahkan tema Ini Rentak Kita.

Segmen pembukaan membariskan bintang ‘senior’ iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Mas Idayu. Generasi baharu pula diwakili Ayda Jebat dan kumpulan Cassia.

Mas Idayu membuka tirai persembahan dengan lagu dangdut Bhangra, Bolehlah Boleh. Jamal pula mempamerkan vokal hebat menerusi lagu Samrah Mentari.

Seterusnya, Ayda yang lebih enam bulan berehat kerana melahirkan anak sulung, membuat kemunculan menyanyikan lagu Pencuri Hatiku yang diberi sentuhan dangdut.

Pentas bertambah hangat dengan persembahan empat gadis, Cassia mendendangkan lagu X Perlu.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber :  https://bartasangbad.site/