‘Daddy Macam Mana Ibu Beranak, Datang Dari Cacing ke?’ – Shuib ‘Pet4k’ Anak Tanya Dari Mana Datang Baby

Biarpun sudah hampir tujuh bulan isteri tercinta, Allahyarham4h Siti Sarah Raissuddin pergi menghad4p Ilahi, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tetap kuat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak. Kini, Shuib dilihat sibuk menguruskan keempat-empat cahaya matanya dengan bantuan ahli keluarga lain.

Menerusi InstaStory yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Din Alhaz, memaparkan gelagat anak ketiga Shuib iaitu Mateen secara tiba-tiba bertanyakan soalan yang ‘luar daripada jangkaan’ sekaligus membuatkan dirinya terkedu dan tidak tahu bagaimana hendak memberikan jawapan.

Daddy macam mana ibu boleh beranak? Entah-entah makanan tu jadi baby. Datang dari nasi lepas tu itu ke baby? Mateen beranak haa sudah.

Dalam pada itu, Talita mengatakan bahawa dia mengetahui bagaimana proses berkenaan dan dari mana ianya bermula.

Dekta tahu baby datang dari bulat. Dia dalam bulat tu kan? Bulat tu pervt yang masuk tu cacing baby tapi bukan orang diperbuat daripada tanah ke? Betul lah Dekta diperbuat dari cacing bukan tanah.

Video:

@twenty281 😂🤣#fypシ ♬ Funny Song – Cavendish Music

Walau bagaimanapun, Shuib tergelak kecil apabila anaknya bertanyakan seperti itu dan menyatakan bahawa anak-anaknya sudah besar.

Ni maksudnya anak-anak daddy dah besar.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit 45 saat itu meraih lebih 789 ribu tontonan dan mendapat lebih 79 tanda suka di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet terhibur dengan pertanyaan Mateen. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Shuib.

Komen Netizen:

Sumber : twenty281

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : https://ohbulan.com/