“Saya Seolah-Olah Dapat Jawapan Daripada Allah”- Faizal Ismail Dedah Terima Hidayah, Kini Sertai Tabl1gh

Bekas penyampai radio, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mendedahkan sebelum ini dia pernah mengalami kemvrungan dan ganggvan tidur yang agak lama.

Bingung dengan apa yang berlaku, Faizal cuba mencari jawapan dan penyelesaian sehingga bertemu dengan seorang ustaz.

“Pada mulanya saya mendapat ganggvan tidur yang agak lama. Saya jadi resah gelis4h dan boleh dikatakan kemurvngan.

“Saya tak percaya saya berada dalam keadaan depress1on sedangkan saya rasa saya seorang yang ceria.

“Untuk mencari solvsi ini, saya cuba rujuk pada seorang ustaz dan dia beritahu ia salah satu ujian dariNya kerana Dia hendak beri saya sesuatu.

“Selepas berguru dengan ustaz tersebut akhirnya saya bertemu jawapan dan kemudian saya membuat keputusan untuk menyertai tabl1gh,” ceritanya.

Faizal berkongsi kisahnya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio Mawi dan Anas.

Ses4l dengan kehidupan yang lalu, Faizal bersyukur kerana mendapat jawapan dari Allah selepas menyertai tabligh.

“Dalam masa 3 hari tu, saya seolah-olah dapat jawapan daripada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kedudukan saya sebagai hambaNya.

“Saya rasa saya dah jauh daripada Dia, jauh sangat-sangat dan keduniaan yang saya kejar terlampau sangat. Saya telah tinggalkan semua yang patut saya buat sebagai Hamba Allah SWT” luahnya.

Banyak lagi yang dikongsi Faizal bersama Zayan, saksikan temu bual penuh mereka di bawah: