“Dia Nak Sedekah Kot” – Penunggang Motosikal Nekad Bayar Tol Buat Netizen Berdekah! Tapi Adakah Mereka…

Sebuah video memaparkan dua penunggang motosikal yang melalui plaza tol berjaya membuat ramai netizen ‘berdekah’.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di TikTok itu, penunggang tersebut dengan yakin masuk ke laluan kereta.

Tambah lucu, penunggang di belakangnya beberapa kali berusaha untuk membayar tol berkenaan menggunakan kad Touch ‘n Go.

Namun, tindakan tersebut sempat dilarang oleh individu di belakangnya yang turut sempat merakam aksi ‘menggelikan’ hati itu.

“Motor tak payah bayar tol, motor tak payah bayar,” jerit individu yang merakam itu.

Video:

@ann8nadzri yg pelik2 je korang ni…hahaha#fypシツ♡ #🤣🤣🤣 #welcome2022goodbye2021 ♬ bunyi asal – Din nenas

Video berkenaan kemudian tular di platform media sosial lain, namun menerusi tinjauan Gempak di posting asal, video berkenaan telah menerima dua juta tontonan.

Malah, ramai netizen yang ‘membanjiri’ ruang komen dengan pelbagai reaksi bercampur baur.

Pun begitu, ada juga netizen bertanggapan kedua-dua mereka sengaja melalui lorong kereta memandangkan laluan motosikal agak sempit dan bahaya.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Gempak