Ainul Aishah Mahu Kahwin Secepat Mungkin..”Saya Pun Bukan Muda Lagi..”

Pelakon Ainul Aishah akui mahu menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

Umum maklum bahawa figura ini sedang menjalin hubungan istimewa bersama kekasih, Khairul Redzuan, Ainul berkata dia ingin menyegerakan majlis kerana umurnya sendiri sudah semakin meningkat.

“Saya harap dapat tamatkan zaman bujang tahun ini, tak akan nak lewatkan lagi kerana kita bukan makin muda,” katanya.

Malah, bintang Suraya itu juga mendedahkan bahawa kedua belah keluarga sudah pun mengenali antara satu sama lain dan rapat.

“Keluarga kedua belah pihak sudah mula saling mengenali dan rapat.

“Cuma jodoh tu tak tahu lah cepat atau lambat,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun, dia hanya berserah kepada tuhan bila masa penyatuan mereka akan sampai.

Sekadar perkongsian, Ainul dan kekasihnya sudahpun menyulan cinta selama tiga tahun.

Sumber: Instagram Ainul Aishah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.