Azizul Ammar menerusi perkongsiannya di Instagram ada menitip kata-kata buat sahabat baiknya, Issey Fazlisham.
Azizul mula dikenali melalui kumpulan Titan berganding bersama Issey namun masing-masing memilih haluan masing-masing pada penghujungnya.
“Menara berkembar petronas. Kalau satu maka tak lengkap. Begitu juga dengan budak sebelah ni. Sama sama aktif dalam bidang kebudayaan kat U. ”
“Bertemu atas jodoh. Banyak benda yang kebetulan dengan mamat ni, sama rabun warna, size baju sama, tinggi sama, size kasut sama, birthday plak agak menarik saya 4 hari awal bulan jun dia 4 hari akhir bulan jun.”
“Baik gaduh baik gaduh mesti ada. Tak gaduh tak partner lah. Tapi skrg dia dah terbang semakin tinggi, saya nak capai pun susah. Terbang tinggi tinggi bro, aku tunggu kau kat bawah.”, tulisnya.
Di ruangan komen, Issey turut membalas posting rakan baiknya itu.
Terdahulu, duo Titan telah bersama dan mula dikenali selepas terlibat dalam program realiti , Bintang Mencari Bintang musim pertama.
Semenjak itu, mereka mula mencari rezeki dan arah dalam bidang seni.
Sumber: Instagram Azizul Ammar
Leave a Reply