“Paling tak boleh terima yang letak sabun basuh pinggan untuk basuh tangan..”,-Betty Rahmad

Baru-baru ini, pelakon Betty Rahmad ada berkongsi satu pandangan di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, alangkah bagusnya jika setiap kedai makan atau restoran menyediakan sabun pencuci tangan buat kegunaan pengguna di kedai mereka agar kebersihan tangan lebih terjaga.

“Indahnya hidup kalau semua restaurant sediakan macamni. Berjenis-jenis handwash ada customer mesti happy gila nak basuh tangan. Oklah fine, kalau tak boleh buat macamni letak 1 jenis pun dah cukup bahagia customer.”

“Paling tak boleh terima yang letak sabun basuh pinggan untuk basuh tangan. Kalau nak jimat lagi tambah air! Adui customer nak basuh tangan bukan basuh pinggan. Korang setuju tak? Atau i sorang je yang rasa macamni? 😆”, kongsinya.

 

Lalu, perkongsiannya itu mendapat respon dari pengikutnya.

Sumber: Instagram Betty Rahmad

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.