“Aku tidak pernah miliki kisah cinta teragung tetapi…”, Joy Revfa titip dedikasi khas buat ibu

Meskipun tidak pernah mengecap cinta yang sejati, namun usahawan Joy Revfa bersyukur kerana kasih sayang ibu terhadapnya melebihi segala-galanya.

Joy telah mendedikasikan ucapan istimewa itu bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibunya serta keberangkatannya ke koya suci Mekah.

Malah, bekas isteri Hafiz Hamidun itu juga sempat mendoakan agar perjalanan ibunya ke kota suci Mekah dipermudahkan.

Aku tidak pernah miliki kisah cinta teragung seperti Zulaikha & Nabi Yusof as .. tidak pula seindah cerita cinta Shah Jehan & Mumtaz Mahal .. apatahlagi seromantis Putera Harry & Megan Markle.. 💕 .
.
Tetapi aku terasa sgt bertuah kerana memiliki cinta terhebat dari seorang wanita yg mencintai aku tanpa syarat apa pun dan disitu Syurga bersemayam di kaki nya… iaitu cinta sejati dari seorang ibu 🌹
.
Happy Birthday ibu.. ( 19.1.2020 ) kakcik & arryan sayang sgt ibu 😭 Semoga perjalanan ke tanah suci dipermudahkan Allah swt. Jgn lupa shopping kan jubah2 cantik utk anak mu ini 😅 (menyempat 🤣) .
.
#CintaIbuSampaiKeSyurga“, kongsinya.

 

Melihat di ruangan komen, pengikut juga turut mendoakan buat ibu kesayangannya itu.

Sumber: Instgaram Joy Revfa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.