Pelakon Aman Nassim telah berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 13 Januari yang lalu pada pukul 11.25 malam.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Aman turut mendedahkan nama bayinya itu.
Welcome to the Real World ma boy!! .
Tepat jam 11.25pm 13hb januari 2020 lahirnya anakanda saya yg diberi nama Nassim Iskandar bin Abdul Rahman. .
Alhamdulilah syukur wife saya selamat segalanya.”
“Baby masih lagi dalam pemerhatian doctor di Nicu kerna middle premature 36weeks. But now its geting better. Sehari dua lagi keuar lah kot. ”
“Alhamdulillah.selepas seminggu baru saya ade kekuatan utk post benda ni. Bukn sbb keadaan baby. Sbb saya bz ulang alik hospital dan uruskn wife saya. Bukan biase2 penat dia tu. š
.
Nassim Iskandar, awak sentiase ade mak dan abah awk yg bgi sokongan pada awk. Sentiasa di sisi awk. Sentiasa ada utk awk baby nass. .
Nanti saya post gmbr baby ble dh keluar hospital. ”
“Mane yg ucapkn tahniah tq so muchhhh. Xsempat nk reply satu2. Masa terlalu pantas sedar xsedar dh 1 week baby saya lahir. Thanks to all yg wish. Hanya tuhan yg dpt balas semuanya.”, kongsinya.
Lantas, peminat serta rakan artis membanjiri ruang komen entri tersebut dengan ucapan tahniah.
Terdahulu, Aman telah mndirikan rumah tangga bersama seorang pensyarah, Nor Baizura Abd Ghani dengan mas kahwin bernilai RM300 serta wang hantaran sebanyak RM10 000.
Sumber: Instagram Aman Nassim
Leave a Reply