
Mawar Rashid menerusi perkongsian terbarunya, ada memuatnaik gambar swafoto bersama suami, Raff Yaakob.
Menerusi kapsyennya, Mawar meluahkan rasa syukur dengan sikap suaminya yang sentiasa ingin membuktikan cinta kepadanya dan menjaga perasaannya.
“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan?
Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’. Tu namanya mer0sakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. Kalau ada sal4h yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage.
Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir2 bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar.
Cinta bergantung kepada dua insan. Sama2 lindungi fizikal & mental. Sama2 adil. Sama2 menasihati. Sama2 belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu. Ilmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters.
Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah. Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn ❤️”, kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, Mawar Rashid telah berkahwin dengan adik Dato Fazley Yaakob, Raff Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Rafael.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Leave a Reply