Tertinggal Beg Duit Takpe, Jangan Tertinggal Tupperware Mak! , Perkongsian Guru Ini Cuit Hati Ramai

Bila sebut jenama ‘Tupperware’, pasti ramai yang boleh ‘relate’ dengan ibu-ibu yang amat gemarkan jenama tersebut malahan ada yang menyimpan sehingga ber rak-rak di rumah.

Baru-baru ini, tvlar sebuah perkongsian seorang bapa di laman Facebook mengenai perkara tersebut.

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 (petang) dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku.

Baru nak gerak, dia cakap,”Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”

“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang.

Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,”Botol air pun tertinggal ayah.”

Sreeettttt!

Terus aku brek emergency.

“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena m4rah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”

“Tak tahu jenama apa.”

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas.

Dari jauh aku laung, “Kenapa tu bang?”

“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.

“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.

“Yaaaaa!”

“Kahkahkah.”

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur, “Tertinggal apa cikgu?

“Nyawa.”

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

#MFS – Wanita bukan makhluk bumi

Perkongsian bapa itu telah mencuit hati ramai dan memberi komen masing-masing. Malah, setakat ini perkongsian bapa itu telah mendapat 44 ribu tanda suka dan 8.7 ribu komen.

Sumber: Facebook Mohd Fadhli Salleh

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.