“Umur Bukan Penghalang” Influencer Cantik Manis Vietnam Dilamar CEO Amerika

Seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Wynn Katz telah melamar teman wanitanya, Co Ngan, yang merupakan ‘influencer’ dari Vietnam. Dilaporkan, pasangan ini bersikap terbuka mengenai hubungan mereka.

Co Ngan membuat posting pada 7 Januari yang memaparkan dirinya dilamar oleh Wynn Katz yang mana gambar itu mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cổ Ngân (@cokimngan)

Baru-baru ini, Co Ngan, 26, dan Wynn Katz, 72, ada melangsungkan majlis pertunangan mereka yang disambut secara besar-besaran.

Menurut Co, dia terkejut apabila kisah cintanya mendapat perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, jurang umur 46 di antara dia dan pasangan telah menimbulkan spekulasi daripada pelbagai pihak.

“Saya mengenali Katz menerusi media sosial. Kami mempunyai perasaan antara satu sama lain”, ujar Co menurut satu sumber.

Wanita jelita berusia 26 tahun ini mempunyai 170,000 pengikut di TikTok. Rata-rata konten yang dimuat naik adalah berkenaan kecantikan, fesyen dan tips-tips menarik.

Bercerita tentang detik pertemuan pertama kali mereka, Wynn ada menjemput Co untuk satu pertemuan namun ditolak oleh wanita itu. Bagaimanapun, mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu di sebuah restoran dan mula rapat semenjak itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cổ Ngân (@cokimngan)

Meskipun perbezaan 46 tahun menjadi bualan ramai pihak, Co menjelaskan dia tidak perasan akan jurang umur kerana pasangannya masih bertenaga dan berjiwa muda.

Umur tidak jadi halangan kepada sesiapa untuk bahagia, dan ini terjadi kepada pasangan Co dan Wynn.

Co juga menjelaskan dia bersama Wynn bukan dia atas sebab kekayaan Wynn tetapi di atas dasar cinta beliau terhadap Wynn.

Kredit: Daily Star

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.