Penyanyi Nabila Razali tampil membuat permohonan maaf kerana gagal memberikan persembahan memukau ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung malam tadi.
Nabila menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram (IG) menyatakan dia telah memberikan yang terbaik dan memohon maaf seikhlas hati atas perkara yang berlaku.
Nabila Mohon Maaf pada Hael
“Saya dah cuba memberikan yang terbaik… Saya minta maaf sangat-sangat @haelhusaini @wearemfmf,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memaafkan Nabila dan memberikan kata-kata semangat buat bekas finalis AJL35 itu.
Selain itu, mereka juga memuji usaha Nabila menyampaikan lagu itu sendiri selain menyedari ada peningkatan dari segi persembahan dan vokalnya berbanding sebelum ini.
Terdahulu, Nabila sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya selain kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.
Untuk rekod, Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposernya sendiri iaitu Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35.
Walaubagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.
Bella sebelum ini pernah memaklumkan penarikan dirinya daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 adalah kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber : GEMPAK.COM
Leave a Reply