Neelofa Bakal Mendirikan Rumah Tangga Hujung Minggu Ini, Betul Ke ?

Kuala Lumpur: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pasangan selebriti Neelofa dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), PU Riz menjadi perhatian netizen sejak semalam apabila dikatakan bakal melangsungkan pernikahan minggu ini.

Antara tarikh yang hangat diperkatakan di media sosial adalah antara 25 hingga 27 Mac ini. Bagaimanapun sehingga kini tiada bukti kukuh berhubung tarikh bahagia yang disebut-sebutkan itu.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Instagram @lofa.page, semalam ada memuat naik video Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di sebuah kedai sambil membelek samping songket, tetapi video itu dipadam beberapa jam selepas itu.

Malah, tanda pagar #NLFH kini sudah mula aktif digunakan peminat mereka dengan memuat naik gambar dan video Neelofa dan Riz yang dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Rata-ratanya memuat naik keterangan mendoakan kebahagiaan pasangan.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro menghubungi pasangan itu termasuk pihak pengurusan dan keluarga mereka tidak berjaya apabila masing-masing tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Malah, satu majlis bersama Neelofa sempena Ramadan yang sepatutnya berlangsung pagi ini juga ditunda di saat akhir.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kenyataan Neelofa menafikan dakwaan yang tular di Internet bahawa dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Pada masa sama, Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Terdahulu, kisah hubungan cinta antara Neelofa dan Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.