“Titik Dua Memang Trademark Dia” Ibu Neelofa Nafi H1na Agung, Warganet ‘Siasat’ Cara Menaip Mesej Sama

“Yup memang aku pon tergolong dalam spesis ‘dua titik (..) selepas ayat.. memang ni akan jadi habit out of control kalau taip posting, wasap, mesej..hahahaha..”

Kemudahan dan kemahiran ICT telah membolehkan anggota masyarakat berkomunikasi tanpa sempadan sehingga mampu mendominasikan sesebuah budaya dan tabiat dalam menyelesuri perkembangan teknologi dan prasarana internet.

Kelebihan memiliki kemahiran teknologi mampu memudahkan pengguna untuk berinteraksi misalnya kebanyakkan pengguna menyifatkan antara menulis dan menaip kita lebih pantas jika menaip kerana ia selari dengan pemikiran serta kelajuan otak.

Walau bagaimanapun, menaip teks di telefon bimbit mungkin agak sukar bagi sesetengah pengguna kerana daya fikir otak mampu kepada terpecah dua iaitu mengarahkan jejari menekan abjad dan juga menitipkan ilham.

Menurut sumber sebuah kajian, sesetengah pengguna mempunyai kecenderungan untuk memiliki gaya menaip yang tersendiri  atau lebih gemar menggunakan kaedah shortform dalam menaip sesuatu teks.

Sukar untuk memperakui sebarang kemungkinan namun, hal yang demikian mungkin boleh berlaku jika sudah menjadi tabiat kepada pengguna.

Menjurus kepada isu kontroversi berkaitan permohonan maaf ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang telah membuat laporan polis berhubung seorang kakitangannya yang didakwa menyalahguna akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sehingga dikatakan menghina agung.

“Kalau prihatin, suruhlah Agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!”

Namun baharu sahaja mahu reda, tular pula dakwaan warganet terhadap ibu kepada selebriti terkenal mengenai cara dan gaya mesej hasil penelitian menerusi tangkapan skrin perbualan di antara dua individu berbeza namun dikatakan mempunyai cara menaip yang sama.

Memuat naik gambar tangkap skrin milik ibu Neelofa di Twitter, seorang pengguna laman berkenaan menyifatkan penggunaan titik sebanyak dua kali itu telah menimbulkan tanda tanya mengenai persamaan hurf abjad yang digunakan.

Dakwaan yang dilemparkan itu rata-rata meraih perhatian umum apabila setiap penilitian yang dibuat telah dibulat bagi menampakkan persamaan gaya menaip yang sama meskipun jelas dikatakan daripada individu yang berbeza.

Dakwaan tersebut telah tular sehingga masing-masing telah membuat persepsi sendiri sehingga ada yang menyifatkan ibu selebriti tersebut merupakan orang yang sama yang memuat naik kenyataan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak polis jelas bakal memulakan siasatan berkeaan isu terbabit.

Orang ramai diharapkan berhenti membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa yang sahih.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Twitter

Sumber :https://www.hotfm.com.my/hotviral-titik-dua-memang-trademark-dia-ibu-neelofa-nafi-hina-agung-warganet-siasat-cara-menaip-mesej-sama/

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.