‘Tiga Bulan Tanpa Gaji Buat Menteri Dan..’ – PM Umum Bantuan PKP3.0, Paling Menarik Pernah Diumum

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Menurutnya, wang tersebut akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan C0V!D-19.

Tegasnya, tindakan itu sama seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.

Terdahulu Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara. Berikut antara senarai bantuan yang diberi oleh kerajaan sepanjang PKP 3.0

Senarai Bantuan PKP 3.0

Perdana Menteri telah mengumumkan pakej Bantuan PKP 3.0 yang dinamakan sebagai Pemerkasa+ ataupun dinamakan sebagai Pemerkasa Tambahan.

Senarai Bantuan Pemerkasa +

Antara point yang terdapat di dalam pakej bantuan ini adalah seperti berikut:

1) Kesihatan

a) RM550 juta – Menapung tambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
b) Melanjutkan 14,500 pekerja kontrak dalam bidang kesihatan.
c) Pemberian vaksin dipercepatkan.

2) BPR

Tambahan BPR yang akan dibayar pada hujung bulan Jun 2021.

a) Isi rumah pendapatan RM2500 ke bawah akan menerima BPR tambahan RM500
b) Isi rumah pendapatan RM2501 – RM5000 akan menerima BPR tambahan RM300
c) Bujang akan menerima bantuan BPR tambahan sebanyak RM100

3) Moratorium

a) Moratorium akan diberikan secara Automatik kepada B40, hilang pekerjaan, dan PKS terjejas.
b) Boleh memilih moratorium automatik selama 3 bulan atau, pengurangan 50% bayaran balik selama 6 bulan.

4) Program Subsidi Upah

Subsidi upah dilanjutkan 1 bulan.

5) Geran Khas Prihatin

a) GKP sebanyak RM1500
b) Bayaran RM1000 pada awal bulan jun
c) bayaran RM500 akhir bulan jun.

6) Pelancongan

Pemandu pelancong , kereta sewa, dan teksi bantuan one-off RM500

7) Cukai

Penati cukai dikurangkan.

8) Sewa

Potongan sewa kepada pemilik bangunan dan ruang niaga.

9) Duti Setem

Pengecualian duti Setem HOC dilanutkan sehingga tarikh 31 Disember 2021.

Sementara itu pada Jumaat lepas, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan C0v!d-19.

Sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Pada awal permulaan PKP 1.0 dan PKP 2.0, kerajaan berbelanja banyak untuk kita dan pada ketika itu pelbagai insentif ransangan ekonomi untuk membantu rakyat.

Apabila tinjauan dibuat di laman FB Perdana menteri, ramai kalangan warganet berharap dapat keluarkan wang KWSP, moratorium, I-Sinar dan sebagainya seperti mana sebelum ini.

Mohon luluskan i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0

Terdahulu Ketua Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat yang mahukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

” Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan TOTAL LOCKD0WN aka PKP PENUH.

” Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat!,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki

Beliau turut melahirkan harapan agar Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutupun ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://sinetronmalaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.