Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan ia sudah menerima notis tuntutan daripada peguam yang mewakili Wong Chee Foong, seorang daripada penumpang yang terkesan akibat pel4nggaran tren sistem transit aliran ringan (LRT), awal minggu lalu. Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Norlia Noah berkata, Prasarana menerima notis itu hari ini dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik Prasarana untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.
“Kebajikan penumpang kami terus menjadi keutamaan. Prasarana dari semenjak mengetahui insiden itu mengambil langkah segera untuk sama ada menghubungi penumpang terbabit atau ahli keluarga mereka.
“Kami memahami En Wong kini masih menjalani rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan ihsan kepada beliau akan disampaikan sebaik sahaja keadaan sesuai untuk berbuat demikian. Kami memberi jaminan perbelanjaan perubatan untuk pembed4han dan rawatan lain di Hospital Kuala Lumpur akan ditanggung sepenuhnya oleh Prasarana dan kami mendo4kan supaya En Wong segera sembvh,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, dilaporkan keluarga m4ngsa nah4s LRT itu menghantar notis tuntutan kepada Prasarana, meminta pengendali perkhidmatan rel itu membayar RM1.8 juta pamp4san dan ganti rugi kecu4ian di atas keceder4an yang dialaminya.
Tuntutan berkenaan merangkumi perbelanjaan bagi perubatan, kecedera4n fizikal, tekanan ment4l dan em0si, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan am atas kecuai4n yang berlaku.
Norlia juga berkata, Prasaran sudah mula melakukan pembayaran sumbangan ihsan seperti yang diumumkan semasa sidang akhbar pada 25 Mei lalu.
“Ini merupakan sumbangan ihsan sekali bayar kepada semua 213 penumpang terbabit dan akan dibayar sebaik sahaja butiran penumpang diperoleh dan disahkan. Setakat ini 31 penumpang sudah tampil untuk menerima bantuan itu,” kata beliau.
Tambahan pula, syarikat itu juga sudah menghulurkan sumbangan ihsan dalam bentuk bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan dan rawatan susulan selain daripada menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua penumpang yang terbabit dalam nah4s itu.
Dalam kejadian 8.33 malam, 24 Mei itu, sebuah tren yang tidak membawa penumpang bertembvng dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
Pada keesokan harinya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata siasatan awal mendapati nah4s itu antaranya disebabkan kecuai4n pemandu salah sebuah tren itu yang memandu di arah yang salah.
Prasarana sebelum itu mengumumkan bahawa ia akan menyediakan bantuan khas RM1,000 dan bantuan lain kepada semua mangsa nah4s itu.
Kredit:HMetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: https://sportdailynews.com
Leave a Reply