Siapa je yang tak sedih bila kena marah dengan mak. Kena marah pasal hal rem3h pula tu. Tentulah kita rasa macam dah tak disayangi sebab benda kecil pun nak marah. Biasanya kita kalau dah sedih kena marah mestilah buat muka sedih atau melent1ng semula. Tapi itu bukan semua oranglah, macam anak Nabila Huda ni yang mana bila kena marah dengan ibunya pun masih nampak tenang.
Satu video dikongsikan oleh Nabila Huda di Instagramnya memaparkan dia memar4hi anaknya, Keisha hanya disebabkan Keisha lambat buka balutan kotak yang diminta. Wajah Keisha kelihatan sedikit sedih apabila dimarahi ibunya namun masih kekal tenang dan tidak melent1ng. Bagaimanapun, itu hanyalah sekadar prank atau gurauan sempena kejutan hadiah hari jadi Keisha.
VIDEO :
View this post on Instagram
“Apa sahaja untuk buat dia gembira. Tapi sebelum gembira kenalah marah dahulu,” ujar Nabila selepas mengenakan anaknya itu.
Gurauan Nabila itu berakhir dengan kejutan hadiah berupa iPad buat Keisha sempena hari lahirnya. Keisha pula menyambut gurauan serta kejutan hadiah hari lahirnya itu dengan air mata. Menurut Nabila, anaknya itu dah lama kumpul duit untuk beli iPad tapi masih banyak lagi perlu dikumpul sebelum cukup nak beli. Tambah lagi masa hari jadi Keisha tempoh hari tak dapat nak sambut sebab Nabila kena ku4rantin disebabkan positif c0v!d-19.
Bagaimanapun, disebabkan usaha yang ditunjukkan Keisha untuk membeli iPad dengan mengumpul duit sendiri, Nabila akhirnya hadiahkan juga iPad buat anak kesayangannya itu. Kata Nabila, apa sahaja untuk buat anaknya itu gembira.
KOMEN RAKAN ARTIS:
Sementara itu, ramai yang menyifatkan Keisha sebagai anak yang baik kerana dia dilihat tidak melawan atau membent4k apabila dimarahi ibunya. Dia hanya menvndukkan wajahnya sahaja apabila dimarahi. Tidak kurang juga yang sedih melihat Keisha sangat menghargai hadiah pemberian ibunya itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber daripada: Instagram
Leave a Reply